Header Ads

ads header

Flash News

Setia jaga orang tua terlantar sakit, lelaki meninggal dunia di sebelah katil ibu


Sepanjang bulan Ramadan, media sosial dipenuhi dengan pelbagai kisah kematian individu yang ‘pergi’ dalam keadaan mulia seperti ketika menunaikan solat di dalam masjid sehingga menimbulkan rasa sebak netizen.

Tidak terkecuali bagi kisah seorang lelaki warga emas ini yang meninggal dunia sewaktu menjaga ibunya dipercayai akibat darah tinggi di kediaman mereka di Puchong, Selangor petang semalam.

Kisah menyedihkan itu dikongsi di akaun Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan jenazah Allahyarham Mohd Feisal Izrael di sisi ibu yang terlantar di atas katil.

Difahamkan, arwah berusia 62 tahun itu sudah lama menjaga ibunya yang uzur dan sakit sebelum ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir di bulan mulia ini.

“Ketika waktu nak berbuka puasa, menantu dan anak Allahyarham pulang ke rumah. Ketika mereka masuk ke bilik nenek, ingatkan ayah mereka sedang tidur.
“Bila cuba dikejutkan rupanya si ayah telah meninggal dunia di samping nenek,” tulis kapsyen pada posting tersebut.

Perkongsian itu juga memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham telah dibawa ke sebuah surau di Presint 20, Putrajaya sebelum dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang berhampiran pagi ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan