Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat muak, konsep ‘khemah besar’ rugikan PKR, kata calon ketua Pemuda


PETALING JAYA:
Pendekatan “khemah besar” untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) hanya merugikan PKR dan berisiko menggadaikan prinsip parti itu kerana rakyat jelas muak dengan permainan politik, kata calon ketua Pemudanya, Fahmi Zainol.

“Buktinya, kita kalah dalam beberapa pilihan raya negeri dan ‘pengundi atas pagar’ yang dahulunya menyokong Pakatan Harapan (PH) telah bertukar arah dengan memberi sokongan kepada parti kerajaan hari ini.

“Dahulu, tawaran PKR kepada rakyat adalah prinsipnya, tetapi jika hari ini kita menggadaikan prinsip tersebut, makanya kita sudah tidak mempunyai tawaran terbaik kepada rakyat,” katanya dalam sidang media pengumuman calon exco Pemuda PKR.

Bekas aktivis pelajar itu berkata, pendekatan “khemah besar” perlu difikirkan semula dengan menyeluruh untuk melindungi kepentingan PKR yang mempunyai paling ramai ahli dalam PH.

Fahmi Zainol.

“Daripada sudut pandang kepentingan parti, tidak melampau sekiranya saya katakan PKR adalah parti yang paling rugi dalam PRU14.

“Tatkala PH secara kolektif menang di Putrajaya, kita tidak dapat melakukan perubahan yang lebih radikal seperti yang didambakan rakyat kerana bersepakat bersama parti politik yang sebenarnya tidak jelas agenda reformasinya.”

Katanya, PKR tidak dinafikan menyumbang tenaga jentera yang signifikan bagi memenangkan PH, bersama Amanah dan DAP serta parti lain.

“Kita tidak boleh benarkan sumber PKR dibazirkan sekali lagi. Saya lebih gemar memperkuatkan ‘khemah kita’ iaitu komponen parti dalam PH itu sendiri.”

Sebelum ini, sesetengah pemimpin PH, termasuk Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyarankan gabungan itu membuka pintu rundingan dengan semua parti pembangkang, termasuk Bersatu dan PAS, bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menolak cadangan itu dengan berkata, sudah tiba masanya parti itu bermula dari bawah bagi memenangi hati pengundi daripada terus berunding dengan parti lain untuk menawan Putrajaya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan