Putra Perhalusi Gabungan Amanah Merdeka Rakyat
TUMPAT: Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) akan memperhalusi matlamat, naratif dan juga ahli Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan sebelum memberikan persetujuan menyertai gabungan yang baharu dibentuk dan dikepalai oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, bagaimanapun berkata, Putra menolak gabungan itu sekiranya ia turut disertai oleh parti DAP.
“Bukan soal jemputan rasmi atau tak rasmi, tidak menjadi soal, yang kita nak tengok apabila dijemput kita nak perhalusi apa yang saya sebut tadi nak teliti, parti mana terlibat, apa piagam, naratif kepimpinannya, konsepnya.
“Putra tidak mahu rumah siap, pahat berbunyi, esok nanti bergaduh. Sebab saya nak ingatkan kalau kita tubuh pakatan seumpama ini kita menang, esok dia keluar runtuhlah kerajaan.
“Sebab itu kerjasama perlu diikat dengan mutlak,” katanya.
Tambah Ibrahim lagi, jika matlamat penubuhan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan semata-mata untuk menjatuhkan Pas Kelantan tanpa pengisian, ianya tidak mencapai matlamat sebenar penubuhan sesebuah gabungan.
Katanya ada pihak yang mempelawa Putra menyertai gabungan berkenaan selain parti Pejuang, PKR, DAP dan juga Amanah yang menggontai gabungan itu.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Putra ingin medapatkan maklumat lanjut berhubung gabungan itu, membabitkan parti yang terlibat, barisan kepimpinan, hala tuju, piagam gabungan dan sebagainya.
Ibrahim berkata, beliau secara peribadi tidak mengetahui sebab tindakan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh, namun beliau kagum langkah berkenaan.
Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dilihat sebagai kerjasama politik yang memerlukan satu ikatan kukuh untuk mencapai matlamat mereka.
Sebelum ini Tengku Razaleigh menubuh dan mengepalai gabungan rentas parti itu dengan tujuan menumbangkan kerajaan pimpinan Pas Kelantan pada Pilihan Raya Umum akan datang.-AA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan