Header Ads

ads header

Flash News

Pendekatan Rafizi boleh pecah belahkan PKR - Tian Chua


Bekas ahli parlimen Batu, Tian Chua memberi amaran bahawa pendekatan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung boleh memecahbelahkan parti.

Tian Chua berkata pendekatan Rafizi membuat pemimpin PKR perlu berpihak kepada pemimpin tertentu, dan ia tidak memberi petanda baik kepada parti itu.

Ini berikutan Rafizi mengkritik pendekatan "khemah besar" Pakatan Harapan (PH) semasa kempen pemilihan parti.

"Pemilihan parti bukanlah tempat untuk perpecahan dasar. Bukan sama ada anda menyokong atau membantah strategi khemah besar, anda mesti memilih pihak, yang akhirnya akan memecahbelahkan parti," kata Tian Chua seperti dipetik akhbar China Press dalam sebuah wawancara.

Tian Chua, yang tidak bertanding dalam pemilihan parti kali ini, menawarkan pandangan 'orang luar' mengenai pemilihan parti yang hangat dipertandingkan.

Tian Chua, yang sebelum ini menyandang jawatan naib presiden PKR, berkata Rafizi menentang amalan parti yang telah lama wujud.

Tambahnya, Rafizi tidak melibatkan dirinya dalam proses membuat keputusan parti sebaliknya lebih suka bersuara dalam isu rumit yang hanya menyukarkan mereka.

Tian Chua berkata pendekatan 'khemah besar' jika dilaksanakan, boleh mempunyai pelbagai bentuk gabungan.

Tambahnya, ia boleh melibatkan Muda, Warisan, Pejuang atau kemungkinan persefahaman aturan kerusi dengan Bersatu.

Tambahnya, mereka tidak bertelagah tetapi isu itu tidak harus diputuskan dengan "berteriak di atas pentas".

Rafizi akan menentang Saufiddin Nasution Ismail untuk jawatan timbalan presiden.

Saifuddin memberi jaminan di bawah kepimpinannya, pemimpin yang kalah dalam pilihan raya tetap mendapat tempat dalam parti.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan