Header Ads

ads header

Flash News

MIC nak jadi macam DAP, Guna calon Islam untuk tipu pengundi Melayu?


Semua orang tahu bahawa dalam DAP walaupun bukan parti berasaskan kaum tetapi satu kaum menguasainya. Tapi DAP cerdik mereka menggunakan calon muda Islam untuk mengelirukan pengundi Malayu Islam. Biasanya calon Melayu Islam DAP, Islam pada nama tetepi akhlaknya Allah sahaja yang tahu. Arak yang menjadi majlis rasmi DAP menjadi minum harian.

Kini MIC pula bersedia untuk menyediakan calon Islam juga bagi PRU-15. Walaupun kenyataan ini masih samar, katanya.

MIC bersedia menampilkan calon India Muslim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika diperlukan.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti baru-baru ini.

"Kita memang tiada masalah. Jika ada tempat yang kita mempunyai tekanan, harus ada calon Islam atas sebab-sebab tertentu, kita bersedia kerana kita ada calon India Muslim yang boleh bertanding.

"Asalkan kerusi-kerusi (tradisi) MIC ini kita yang bertanding dan kita yang buat keputusan siapa yang bertanding,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Presiden MIC di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan.

Vigneswaran turut berikrar selain memastikan hak kaum India, MIC akan terus menjaga dan membela nasib masyarakat India Muslim di negara ini.

Utusan Khas Perdana Menteri ke India dan Asia Selatan itu berkata parti berusia 76 tahun tersebut tidak pernah meminggirkan masyarakat India Muslim seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Beliau juga memberi jaminan bahawa anak India Muslim akan menerima hak sama rata dalam pemberian biasiswa dan pinjaman Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), entiti milik MIC.

Katanya, beliau juga akan berusaha menyelesaikan isu kewarganegaraan India Muslim yang masih tidak memiliki kad pengenalan.

Menyentuh keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang ingin bergerak secara solo pada PRU15, Vigneswaran berkata setakat ini, MIC bersetuju malah sedia menerima kerjasama dengan parti lain selepas pilihan raya itu jika ada yang berhasrat menyertai BN.

Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak, Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).

Parti itu hanya memenangi dua kerusi iaitu Parlimen Tapah dan Cameron Highlands.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Apakah kamu membutuhkan uang? jika ya, email: dakany.endre@gmail.com untuk Detail lebih lanjut

    BalasPadam
  2. Kami menawarkan pinjaman dengan 2%, kami menawarkan pinjaman konsolidasi Hutang, pinjaman bisnis, pinjaman pribadi, pinjaman mobil, pinjaman hotel, pinjaman mahasiswa, pinjaman pribadi Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah, Untuk lebih jelasnya Email: (dakany.endre@gmail.com)

    BalasPadam
  3. Urgent Loan Offer.2 Mei 2022 pada 9:38 PG

    Apakah Anda Ingin meminjam uang? jika ya Hubungi kami hari ini melalui email: (dakany.endre@gmail.com)

    Penawaran Pinjaman Mendesak.

    BalasPadam