Jawi umum kelonggaran baharu SOP masjid dan surau berkuatkuasa 2 Mei
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan beberapa ketetapan baharu berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau Wilayah Persekutuan berkuat kuasa esok (2 Mei).
Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata, ketetapan baharu itu bagi menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan kelonggaran SOP di masjid dan surau.
Ketetapan tersebut meliputi pemansuhan masing-masing bagi imbasan kod QR MySejahtera untuk daftar masuk ke masjid dan surau, penggunaan sejadah sendiri, serta penjarakan fizikal antara jemaah dalam semua keadaan di masjid dan surau.
Selain itu, kemasukan ke masjid dan surau dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali jemaah yang berstatus ‘Berisiko Tinggi’ atau di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan pemakaian pelitup muka diwajibkan di dalam masjid dan surau yang tertutup namun, tidak diwajibkan di kawasan terbuka atau di luar dari kawasan itu.
Jamuan di masjid dan surau dengan apa-apa cara penyediaan makanan serta aktiviti ziarah dan takbir Hari Raya dari rumah ke rumah anjuran masjid dan surau juga adalah dibenarkan.
Jemaah juga dibenarkan bersalaman namun tidak dibenarkan menyentuh muka selepas bersalaman dan hendaklah sentiasa mencuci tangan.
“Semoga dengan kelonggaran SOP tersebut, lebih ramai umat Islam dapat hadir mengimarahkan masjid dan surau di kariah masing-masing dan mengekalkan momentum ibadah Ramadan pada Syawal,” katanya menurut laporan Bernama.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan