Israel Tahan 600 Penduduk Palestin Tanpa Tuduhan
BAITULMUQADDIS : Sebuah kumpulan hak asasi manusia mendakwa Israel menahan kira-kira 600 penduduk Palestin tanpa mengenakan sebarang tuduhan mahupun melakukan perbicaraan.
Penahanan penduduk itu merupakan jumlah tertinggi direkodkan sejak tahun 2016.
Lapor Al Jazeera, kumpulan hak asasi Israel, HaMoked memaklumkan setakat ini, seramai 604 orang ditahan sebagai tahanan pentadbiran.
Hampir kesemuanya merupakan penduduk Palestin kerana tahanan pentadbiran jarang digunakan terhadap orang Yahudi.
Tahanan itu dibuat berdasarkan `bukti rahsia’, tanpa mengetahui tuduhan terhadap mereka dan tidak dibenarkan membela diri di mahkamah.
Mereka biasanya ditahan untuk tempoh enam bulan yang boleh diperbaharui yang sering membawa kepada tahanan bertahun-tahun.
Meskipun Israel menegaskan prosedur itu membolehkan pihak berkuasa menahan suspek sambil terus mengumpul bukti, kumpulan hak asasi manusia berpandangan sistem itu telah disalahgunakan secara meluas dan menafikan proses yang sewajarnya.
Menurut HaMoked, seramai 2,441 penduduk Palestin kini sedang menjalani hukuman selepas disabitkan kesalahan di beberapa mahkamah tentera.
“Seramai 1,478 lagi tahanan ditahan untuk disoal siasat, telah didakwa dan menunggu perbicaraan atau sedang dibicarakan,” jelasnya.
Utusan Online
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan