Header Ads

ads header

Flash News

Haris: Malaysia perlukan pemimpin kebenaran


Bagi aktivis Haris Ibrahim, penggulingan kerajaan Umno/BN pada Mei 2018 memenuhi cita-cita seumur hidupnya untuk melihat sebuah pentadbiran baru yang kurang mengamalkan rasuah dan perkauman.

Walau bagaimanapun, impiannya melihat keajaiban itu tidak berpanjangan.

“Pertama, dengan kerajaan Pakatan Harapan - saya suka mereka ini, dan pada umumnya, majoriti mereka mahu melakukan perkara yang betul. Saya fikir masalahnya ialah pada PRU14, tugasnya adalah untuk membuang sampah di Putrajaya, tetapi dalam proses itu, kita secara tidak sengaja meletakkan semula sampah dan ini terbukti.

“Sudah tentu, orang seperti Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Saifuddin Abdullah sebagai pemimpin PKR - mereka ini mengkhianati rakyat.

“Saya juga sangat kecewa apabila perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad berkata, ‘kami tidak sangka akan menang dan berjanji memberi bintang dan matahari tetapi kini tidak dapat menunaikannya’.

“Saya jangkakan ramai dalam PH akan bersuara dan berkata itu tidak benar, tetapi begitu ramai yang hanya mendiamkan diri.

“Banyak perkara yang boleh dilakukan. Akta Hasutan masih digunakan. Ya, mereka boleh menghalangnya di Dewan Negara tetapi sekurang-kurangnya luluskannya di Dewan Rakyat.

“Saya fikir apa yang berlakuadalah ramai yang terperangkap dengan politik untuk mengekalkan kedudukan baharu mereka. Mereka mudah dimanipulasi kerana ini,” katanya dalam satu wawancara, minggu lalu.

Menurut Haris, cara terbaik untuk memastikan PH memenangi PRU15 adalah dengan melakukan pembaharuan dan menunaikan janji.

“Namun, saya perlu optimistik. Ia perlu terikat dengan kesanggupan rakyat untuk bangkit sebagai satu pasukan yang bersatu seperti yang mereka lakukan pada PRU14,” katanya.

Haris, yang sedang bergelut melawan kanser tahap empat, juga kesal dengan impak sistem parti dan pakatan yang mudah melemaskan ramai individu yang berniat baik.

“Pilihan raya lalu, saya undi Maria Chin Abdullah. Kami sama-sama dalam Bersih, dan apabila dia mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas tetapi di bawah tiket PKR, saya teruja.

“Tetapi dia kemudiannya menyertai parti itu, dan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, dia juga rapat dengan puak Azmin. Mengapa terlibat dengan politik kepartian jika janji kamu adalah untuk sertai dan melaksanakan reformasi?” soalnya.

“Saya benar-benar berpendapat pengundi tidak seharusnya melihat kepada simbol tetapi menilai kebolehan calon. Itu yang saya mahu perjuangkan.

“Cukuplah parti politik mengeluarkan manifesto masing-masing. Kita patut beri mereka manifesto. Jangan lupa tanya soalan yang sukar. Mana dalam perlembagaan ada menyebut hak istimewa, contohnya? Mari berhenti bermain politik populis.

“Kita adalah negara sekular walaupun usaha sedang dijalankan untuk meruntuhkan negara ini,

"Kita perlu menerima kebenaran kerana sesebuah negara tidak boleh dibina berdasarkan pembohongan," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima sejumlah $4,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang anda selalu inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    BalasPadam