Header Ads

ads header

Flash News

Boss James berjaya puasa sehari


PETALING JAYA
– Pensohor media sosial terkenal, Boss James akui cuba untuk berpuasa seperti masyarakat Islam yang lain.

Boss James melalui media sosialnya turut berkongsi tiga perkara yang perlu dilakukan dan tiga perkara yang tidak perlu dilakukan ketika mengerjakan ibadah puasa.

“Tiga benda yang tidak boleh kita buat masa puasa ialah mengumpat, tahan makan dan minum serta tahan nafsu dalam diri.

“Manakala tiga benda yang perlu dilakukan ketika berpuasa adalah banyakkan ibadah, banyakkan bersedekah dan paling penting banyakkan berdoa,” ujar James.

Menerusi satu lagi klip video, ternyata James berjaya dalam cubaan puasanya selama sehari dan dia juga berpuas hati selapas kejayaannya itu.

Dalam pada itu, orang ramai juga mengucapkan tahniah kepada usahawan berbangsa Cina itu dan mengharapkan pintu hatinya terbuka untuk terima hidayah.

“Aku memang ikut Boss James ni, ternyata dia buktikan tiada langsung masalah bangsa. Dua juga majikan yang bagus dengan anak buahnya.

” Berharap agar Boss James mendapat hidayah dan teruskan berbuat baik sesama manusia, ” jelas Azman Hamat.

“Terbaik boss, awak dah buktikan yang awak mampu untuk menjadi contoh kepada orang ramai, terbaik, ” jelas Yuji Kitaro





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan