Header Ads

ads header

Flash News

Umno Kelantan tiada maklumat berkaitan 'langkah Ku Li'


Umno Kelantan tidak dimaklum mengenai perancangan Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan merancang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub memberikan gambaran mengenai hal itu ketika ditanya  hari ini.

"Saya tidak maklum," katanya ringkas ketika dihubungi.

Anggota Parlimen Machang itu berkata demikian ketika ditanya berhubung khabar angin menyatakan Tengku Razaleigh sedang menyusun strategi dan membuka ruang bekerjasama dengan PH dalam usaha menawan Kelantan.

Sebelum ini satu pertemuan dan perbincangan awal di antara ahli parlimen Gua Musang itu dengan pimpinan Amanah negeri sudah diadakan di Kota Bharu.

Ia disusuli dengan program berbuka puasa bersama, baru-baru ini.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Hussin, bekas pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda Amanah negeri Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed dalam satu hantaran di Facebook turut memberi gambaran mengenai perkara itu.

"Insya-Allah di Kelantan satu usaha sedang digerakkan untuk menggabungkan berbagai parti, NGO dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan.

"Selebihnya terserah kepada rakyat Kelantan untuk kekal bersama PAS atau memilih tawaran yang dihidangkan sebagai satu percubaan untuk berubah," katanya.

Tambah Che Ibrahim sesebuah parti politik hanyalah suatu persaingan untuk menawarkan apa yang terbaik yang boleh dilakukan.

“Agama, perkauman dan pelbagai tawaran hanya perasa dan penghias hidangan yang boleh menyebabkan pengundi terpedaya dan tersilap pilih," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan