Header Ads

ads header

Flash News

'Suara masih padu tapi...' - Peminat risau lihat badan Zamani makin membengkok


KEADAAN fizikal terkini penyanyi Zamani Slam amat membimbangkan peminatnya.
Ini berikutan satu video tular yang merakamkan struktur fizikal Zamani semakin berubah di mana bahagian belakangnya kelihatan semakin melengkung atau membengkok.

Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut, Zamani membuat persembahan untuk sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Video tersebut merakamkan Zamani sedang menyanyi sambil duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan sebelum berdiri untuk menghabiskan persembahannya.

Walaupun keadaannya agak merunsingkan peminat namun suara Zamani masih lagi merdu sama seperti dahulu.

Dalam pada itu, pemilik video berkenaan juga menyatakan Zamani memohon maaf kerana keadaannya tidak seperti dahulu untuk membuat persembahan.

Bagaimanapun rata-rata netizen dan peminat berharap ada pihak yang sudi untuk memberikan rawatan kepada Zamani.

Terdahulu, Zamani sebelum ini pernah memaklumkan mengalami masalah tulang belakang sejak beberapa tahun lalu.

Namun terpaksa menghentikan rawatan tulang belakangnya pada Mac tahun lalu berikutan kos rawatan yang tinggi.

*Artikel asal di Gempak




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan