Header Ads

ads header

Flash News

Rokok bukan sahaja isu kesihatan tetapi juga ekonomi - Pakar


KUALA LUMPUR:
Isu merokok amat berkait rapat dengan faktor kesihatan yang kemudiannya terkait dengan aktiviti ekonomi secara langsung, bukan sahaja perbelanjaan kerajaan malah dari sudut produktiviti.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, orang ramai perlu memahami mengapa dasar penjualan rokok dan produk tembakau kepada individu yang lahir selepas 2005 itu dirancang, iaitu untuk menjaga kebajikan golongan muda.

"Kita kena faham kenapa dasar itu dibuat, sudah pastilah tujuannya untuk menjaga kesihatan golongan muda.

"Kita tahu rokok berkait rapat dengan kesihatan tetapi ia juga ada perkaitan dengan ekonomi kerana jika dilihat dari sudut produktiviti, apabila seseorang itu sihat dan boleh bekerja dengan baik sudah pasti dia dapat menyumbang kepada ekonomi.

"Dari konteks sektor kerajaan juga, kos penjagaan kesihatan dapat dikurangkan kerana merokok dikaitkan dengan sakit jantung dan sebagainya. Jadi kena lihat dalam konteks yang lebih luas, bukan sekadar tak nak orang merokok sahaja," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Isnin.

Tambah beliau, mengimbangi kepentingan kesihatan awam dan penyumbang hasil besar kepada negara bukan perkara mudah, namun melihat beberapa aspek akan membantu memudahkan proses tersebut.

"Pemulihan ekonomi sebenarnya banyak membantu, momentum pemulihan ekonomi dijangka lebih baik tahun ini.

"Ini maksudnya kutipan cukai dan pendapatan kerajaan akan lebih baik, harga minyak mentah dunia pun masih pada tahap tinggi, jadi ada ruang untuk kerajaan buat sedikit pelarasan tertentu.

"Apa yang penting ketika ini ialah langkah yang tekah diumumkan, dibuat secara konsisten dan tidak ada u-turn lagi," ujarnya.

Terdahulu pada Mac, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Rang Undang-undang (RUU) untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada individu yang lahir selepas 2005 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai depan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan