Header Ads

ads header

Flash News

Guru Tidak Divaksinasi Dibenar Mengajar Bersemuka


PUTRAJAYA
: Guru yang tidak divaksinasi dibenar mengajar secara bersemuka di kelas dan berada di bilik guru.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kumpulan guru terbabit perlu mematuhi Garis Panduan Pengoperasian dan Pengurusan Sekolah terutama berkaitan pemakaian pelitup muka.

“Seperti mana kehadiran semula pelajar, guru dan warga sekolah pada 1 Mei ini, guru yang tidak divaksin dibenarkan mengajar di sekolah.

“Secara umumnya ia ditetapkan bermula 1 Mei untuk menyelaraskan apa yang diuruskan dan ada yang boleh diteruskan pada masa sekarang. Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan surat pemakluman melalui sekolah,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Berkaitan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dibatalkan sebelum ini, Radzi berkata, pemakluman mengenainya akan diberi pada masa terdekat.

Ditanya mengenai peratusan vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang hanya mencapai 45 peratus, beliau berkata, ibu bapa boleh melakukannya sehingga 15 Mei depan.

“Dalam konteks ini soal peratusan vaksinasi PICKids juga diambil kira. Ibu bapa diberi ruang mencukupi hingga 15 Mei untuk memastikan anak mereka divaksinasi dan ia antara ketetapan pengoperasian semula sekolah.

“Sebelum ini KPM dipersoalkan kerana tergesa-gesa buka sekolah dan tidak tunggu adanya vaksin untuk murid sekolah rendah dan kenapa tidak tunggu mereka mendapatkan vaksin.

“Jadi KPM sebelum ini mengambil ketetapan melaksanakan penggiliran, berikutan keadaan ketika itu, vaksin belum ada di sekolah. Namun, apabila PICKids mula dilaksanakan pada Februari, kadar peratusan agak rendah.

“Sebab itu dalam keadaan ini, kita mengumumkan pembukaan sekolah tanpa penggiliran pada 14 April.

“Kita mohon semua pihak mematuhi semua ketetapan ini demi memastikan sektor pendidikan dapat dibuka sepenuhnya,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Anonymous said...
    DATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.

    Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru

    Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.

    Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet

    Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
    Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong

    BalasPadam
  2. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    BalasPadam