Aidilfitri: Perlis benarkan jemaah solat bersalaman
KANGAR, 27 Ramadan 1443H, Jumaat – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah solat, termasuk solat sunat Aidilfitri nanti, untuk bersalaman.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah perbuatan bersalaman dalam kalangan jemaah solat itu dibenarkan mulai 1 Mei depan.
“Para Jemaah hendaklah sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang diumumkan oleh kerajaan,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.
Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah selain itu semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan makan juga dibenarkan, malah aktiviti sosial lain seperti majlis perkahwinan, jamuan, gotong royong, majlis berbuka puasa, iktikaf dan sebagainya turut dibenarkan, selagi ia mematuhi SOP.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan