Zaid setuju dengan Nazri, Zahid harus undur
PETALING JAYA: Bekas menteri Umno, menyokong gesaan supaya kepimpinan parti itu diubah sambil menegaskan langkah ini penting bagi memberi mesej yang tepat kepada rakyat.
Bercakap kepada FMT, Zaid Ibrahim yang pernah bersama Umno lebih dua dekad berkata, parti itu perlu diwakili pemimpin yang tidak “tercemar” dengan mana-mana skandal sekiranya mahu menang pilihan raya umum ke-15 nanti.
“Apa yang diutarakan Nazri itu tepat. Zahid hendaklah mengundurkan diri,” kata Zaid merujuk kepada gesaan yang dibuat Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.
Sebelum ini Nazri menyatakan desakan supaya Zahid meninggalkan tanggungjawabnya sebagai presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN).
Nazri yang cukup dikenali dengan kelantangannya dalam kalangan anggota parti berkata, kedegilan Zahid untuk meneruskan kepimpinannya dalam Umno dan BN hanya akan menjejaskan peluang mereka memenangi PRU15 kerana dianggap sebagai pemimpin yang tidak mempunyai kredibiliti serta kemampuan untuk memimpin.
Nazri mengemukakan cadangan berkenaan disebabkan situasi Zahid yang pada ketika ini berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.
“Selagi beliau di situ, Umno tidak akan dilihat sebagai parti yang bersih kerana perbicaraan ke atasnya masih berjalan,” kata Nazri seperti dilaporkan sebelum ini.
Menurut Zaid, selepas Umno memutuskan kerjasama dengan PPBM, persoalan besar yang mesti dijawab ialah siapakah yang akan dinamakan sebagai calon perdana menteri.
“Sama ada calon itu ialah Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan) atau calon lain, perkara ini mesti diumumkan. Umno hendaklah memutuskannya.
“Seseorang yang berdepan dengan pertuduhan tidak seharusnya ditawarkan untuk pegang jawatan tersebut.
“Ia satu tindakan yang tidak wajar. Zahid mungkin popular dalam kalangan ahli Umno, tetapi parti itu seharusnya mengambil kira perasaan rakyat yang akan mengundi pada PRU15 nanti,”
Tambah Zaid, Umno seharusnya memberi pemahaman yang jelas mengenai sentimen mereka dan menawarkan pemimpin yang mempunyai rekod bersih yang setia kepada parti dan diterima oleh majoriti.
“Jika tidak, rakyat tidak akan percaya bahawa Umno telah berubah dan belajar dari kesilapan atas kekalahan mereka pada PRU14 yang lalu,”
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
zaid sedang cari lobang utk lompat kedlm umno...
BalasPadam