Header Ads

ads header

Flash News

Umno Sabah kekal kerjasama dengan Bersatu tindakan rasional


BELURAN:
Keputusan Umno Sabah meneruskan kerjasama dengan Bersatu di Sabah merupakan satu keputusan rasional yang mesti dialu-alukan dalam usaha membawa pembangunan dan membantu rakyat di negeri berkenaan, kata Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Katanya, walaupun Umno pusat telah memutuskan untuk bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), keputusan Umno Sabah untuk terus berkerjasama dengan Bersatu melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah selari dengan harapan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lepas.

“Kita mengalu-alukankan Umno Sabah untuk terus kekal bersama dengan GRS,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Ahad bahawa Umno Sabah kekal dengan pendirian untuk bekerjasama dengan GRS demi pembangunan dan rakyat Sabah meskipun Umno pusat bergerak bersendirian pada PRU15.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata langkah itu juga akan memastikan politik Sabah lebih stabil dan kerajaan negeri juga dapat memberi lebih tumpuan dalam menguruskan ekonomi serta usaha melandaikan Covid-19 dan impak pandemik itu terhadap rakyat di Sabah.

Ditanya berhubung pembahagian kerusi Parlimen dalam parti kompone



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan