UMNO perlu berani adakan pemilihan parti - Penganalisis
KUALA LUMPUR: UMNO perlu berani membuat pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kematangan dan menunjukkan kepada pengundi luar makna sebuah perjuangan dalam parti, kata penganalisis politik, Ab Jalil Backer.
Menurut Ab Jalil, agak pelik bila
sesetengah pemimpin UMNO mendesak agar PRU15 disegerakan ketika
penggalnya tamat pada Mei 2023 tetapi dilihat cuba untuk menangguhkan
pemilihan dalam parti yang sepatutnya dibuat Jun ini.
Beliau juga menegaskan, UMNO sentiasa menang besar dalam pilihan raya umum ketika tidak menangguhkan pemilihan parti namun tewas pada PRU14 selepas menangguhkan pemilihan yang sepatutnya diadakan pada 2016.
"Jangan takut adakan pemilihan kerana di situ parti membentuk kematangan dan menunjukkan kepada pengundi luar parti makna sebuah perjuangan dalam UMNO.
"Kita sibuk meminta PRU yang kalau ikut penggalnya masih panjang iaitu sehingga Mei 2023.
"Namun dalam masa yang sama kita cuba menyekat demokrasi dalam parti dengan mencari jalan mahu menanguhkan pemilihan dalam parti sepatutnya diadakan pada bulan Jun 2021 ini.
"Sebelum kita menuntut keterbukaan orang lain, kita sendiri mesti bersedia menunjuk contoh teladan yang baik," katanya dalam analisis yang dikongsi di Facebook.
Pada Selasa, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan agar UMNO mengadakan pemilihan parti tahun ini bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.
Menurut Khairy, pemilihan tidak seharusnya ditangguhkan selepas pilihan raya sebaliknya harus dilakukan pada tahun ini juga.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan UMNO dijangka menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan akan diadakan tahun ini.
Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan penangguhan itu dicadangkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos depan.
Sumber itu menjelaskan, usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.
Menurut
Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga
18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu.
Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan