Header Ads

ads header

Flash News

Tunjuk prestasi baik tambat pengundi, bukan keluar kerajaan PN, penganalisis beritahu Umno


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik menyarankan menteri dan timbalan menteri Umno kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menambat hati pengundi menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan menunjukkan prestasi baik kerana meninggalkan kerajaan hanya akan memburukkan imej parti itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, rakyat ketika ini menilai prestasi kerajaan bersandarkan prestasi menteri yang dikaitkan dengan parti asal mereka.

Oleh itu, katanya, ini masa terbaik untuk memberi persepsi baik kepada pengundi yang Umno mampu menerajui kerajaan lebih baik daripada PN.

“Jika tinggalkan kerajaan ketika ini, kesannya tidak ke mana kerana PRU tidak dapat diadakan ketika ini, tetapi kesan kepada rakyat adalah besar kerana ia akan beri persepsi kepada rakyat bahawa Umno lebih pentingkan agenda parti daripada agenda negara.

Azmi Hassan.

“Gunakan sebaiknya jawatan yang disandang untuk pamerkan menteri dan timbalan menteri dari Umno berada dalam kelas berbeza, jika dibandingkan menteri dari PAS dan PPBM ataupun Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya kepada FMT.

Ahad lalu, Umno menerusi perhimpunan agungnya memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan menghadapi PRU15 bersendirian.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, perwakilan memberikan mandat untuk parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi jika tidak ada petunjuk bila PRU15 akan diadakan.

Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan pula berkata, Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk keluar daripada kerajaan PN pada Ogos ini dan ia tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas dipersetujui perwakilan.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, tindakan yang perlu disegerakan Majlis Kerja Tertinggi Umno ketika ini ialah memuktamadkan keputusan dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU2020) hujung minggu lalu.

“MKT perlu ada fasa tindakan yang jelas mengenai usul diluluskan dalam PAU2020 yang mengarahkan wakil rakyat dan pemimpinnya meletak jawatan dalam kerajaan.

“Hal ini penting bagi memastikan segala keputusan dipatuhi dan tidak ada dolak-dalik berlaku.”

Sulaiman Yassin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang senada berkata Umno perlu membuat keputusan drastik untuk memulihkan imejnya dengan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin supaya nama pemimpin tertinggi yang berada dalam “kluster mahkamah” dapat dibersihkan.

“Ramai ahli dan pemimpin tertinggi Umno dalam ‘kluster mahkamah’ dan mereka ini harus berundur dan MKT baharu segera ditubuhkan.

“MKT baharu ini pula perlu mencari kata sepakat untuk kekalkan hubungan dengan PN atau berundur daripada pakatan berkenaan. Paling penting, MKT baharu ini perlu berani buat keputusan.”





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Menteri pas baling bagus buat kerja setakat nie..

    BalasPadam