Header Ads

ads header

Flash News

Tun Faisal ajak Zahid sumpah bersama di surau PWTC, Jumaat ini


Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz membuat undangan terbuka kepada Presiden Umno Zahid Hamidi untuk bersumpah dengan nama Allah berkaitan isu dakwaan perbualan telefonnnya dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Memuatkan undangan itu di media sosialnya, Tun Faisal mencadangkan acara itu dibuat di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur selepas solat Jumaat, 16 April.

“Semoga nama kita berdua dapat dibersihkan dan Umno dapat kembali bersatu dan berada di landasan sebenar perjuangan,” katanya yang digantung keanggotaan dua penggal dalam Umno, dipercayai kerana mengkritik Zahid.

Tun Faisal turut berkongsi teks sumpah cadangannya yang antara lain mengandungi lafaz “wallahi”, “wabillahi” dan “watallahi”.

Dia sebelum ini menafikan mencipta rakaman audio yang didakwa melibatkan Zahid dan Anwar.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan ketulenan rakaman suara itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. RINDU DENGAN FUAD JAKARSHI dan KADIR JASIN....PAKAR MENGULAS wajib ULAS ISU SUMPAH ini

    BalasPadam
  2. Setelah Adib dan syed dibunuh dan dua bodyguard disiksa kerana berpuasa dan agama Islam dan umat Islam dihina oleh orang kafir, masih ada berok-berok politik yang bernafsu rakus dan mementingkan diri sendiri berusaha memecah-belahkan perpaduan kaum Melayu dengan bersekongkol dengan barua-barua ternakan puak kafir harbi secara sulit. Mereka adalah pengkhianat agama dan bangsa.

    BalasPadam