Header Ads

ads header

Flash News

Tajuddin beri bayangan UMNO kerjasama dengan DAP jika DAP jadi parti serdehana



PETALING JAYA:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil Umno menjalin kerjasama dengan DAP pada masa depan sekiranya parti itu membawa politik kesederhanaan yang boleh membantu memperkukuhkan kestabilan negara.

Bagaimanapun, beliau membayangkan kerjasama sedemikian sukar dijalin pada masa ini kerana imej perkauman parti itu, yang sebilangan besarnya kaum Cina.

“Saya pernah katakan, apa pun mungkin. Namun, buat masa ini masyarakat umum, khususnya kaum Melayu melihat DAP ini (sebagai) terlalu perkauman. Jadi susah nak terima.

“Kalau (masa) akan datang, DAP menunjukkan mereka boleh berubah daripada satu politik yang terlalu perkauman (kepada) politik sederhana, segalanya mungkin,” kata Tajuddin kepada FMT dalam wawancara khas.

DAP menolak tuduhan ia mengamalkan politik perkauman dan sering membandingkan dirinya kepada Umno dan PAS yang sebilangan besar keahliannya adalah kaum Melayu.

Tajuddin berkata kalangan orang Melayu sudah menyedari keperluan membawa pemikiran politik yang baharu demi kebaikan negara, khususnya dalam mengurangkan konflik perkauman.

“Malah sekarang, sesetengah orang Melayu sudah nampak bahawa perlunya ada politik baharu. Jangan bergaduh memanjang antara Melayu dan bukan Melayu. Tiada untung atau faedah kepada negara,” kata beliau.

“Jadi ada pemikiran baharu oleh sesetengah yang dapat melihat mungkin pada suatu masa nanti ada cara berkerjasama antara parti bukan Melayu, sama ada DAP atau lain, di mana kita boleh mewujudkan kestabilan lebih kukuh dan juga kondusif kepada pembangunan negara,” kata beliau.

Ahad lalu, semasa merasmikan perhimpunan agung Umno, presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak akan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim yang memimpin PKR dan DAP pada PRU15. Umno juga meluluskan usul untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM apabila Parlimen dibubarkan.

Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa, sebelum ini mendakwa pucuk pimpinan parti itu sedang mengatur langkah untuk menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP, namun dinafikan oleh Umno.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. seluruh umat melayu tolak umno jika umno bersama anuar ibrahim, dap...
    pemimpin2 umno sanggup gadai maruah bangsa melayu semata2 mengejar impian peribadi dan kekayaan diri...

    BalasPadam
  2. Demi menyelamatkan diri sendiri dan kroni sanggup membuat apa saja walaupun terpaksa menggadai maruah diri, agama dan bangsa dan jg sanggup menjadi munafik..kenalilah inilah barua bangsa Melayu dulu kini dan selamanya

    BalasPadam