Header Ads

ads header

Flash News

Sikap ego, sombong mungkin tumbangkan UMNO pada PRU15?


BANGI, 19 Syaaban 1442H, Khamis
– UMNO ibarat meletakkan kedudukannya seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya bertanding secara bersendirian pada PRU15.

PRU14 memperlihatkan UMNO tumbang apabila berseorangan berhadapan dengan perpecahan undi tiga penjuru – meskipun benar parti itu memenangi banyak kerusi dan mempunyai akar umbi yang ramai.

Antara faktor utama pengundi menolak UMNO adalah kerana skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan beberapa pertuduhan salah guna kuasa melibatkan pemimpin parti.

Pemerhati politik, Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz berkata, persepsi ini masih belum berjaya dibersihkan oleh UMNO selagi masih mengekalkan pemimpin yang sama.

Katanya, walaupun Datuk Seri Najib Razak sudah tidak menjadi Presiden, tetapi beliau masih lagi mendapat sokongan UMNO begitu juga Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan sama.

“Selain itu, sikap UMNO yang sombong dan ego walaupun bersama dengan rakan strategik politik. Ini adalah sikap lama dalam UMNO yang masih wujud dan berdarah daging.

“Ini jelas berlaku apabila UMNO menjemput rakan Muafakat Nasional, PAS ke PAU 2020 tetapi dalam masa yang sama pimpinan UMNO termasuk Ketua Pemuda dan Presiden memberi sindiran tajam seperti ingin menghukum PAS dalam gelanggang mereka.

“Tanpa memberi sedikit pun kredit kepada PAS, adakah UMNO masih berharap PAS akan memilih UMNO untuk PRU-15? Sikap ego dan sombong inilah yang dibenci oleh rakyat dan menjadi punca UMNO ditolak pada PRU14,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Ibrahim yakin UMNO akan ditolak pengundi kerana hala tuju parti yang tidak tetap.

Perkara itu dapat dilihat apabila tiada perancangan atau jangka masa yang ditetapkan untuk menteri-menteri UMNO meletakkan jawatan susulan keputusan menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Begitu juga kerjasama dengan parti-parti politik di Sarawak dan Sabah dan status kerajaan negeri yang dibentuk oleh PN?

“Bagaimana mungkin menteri dan exco UMNO mahu melaksanakan agenda kerajaan PN tapi dalam masa yang sama merancang strategi untuk berhadapan dengan PN pada PRU15?,” soalnya.

Sebelum ini, UMNO menegaskan pendirian parti itu menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu pada PRU15.

Ahmad Zahid juga berkata, BN sudah memutuskan untuk menghadapi PRU15 secara bersendirian.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. rakyat , khususnya org melayu,,mereka sudah sedar bahawa mereka tertipu dgn propaganda ph yg dipelupori anwar pesalah liwat dan komunis dap ,,terpedaya dgn propaganda dan janji manis bulan bintang ph,,mereka menolak umno pd pru14. sekarang mereka sudah sedar,,hanya umno yg sebenarnya2 memperjuangkan nasib org2 melayu pada hakikatnya. ya,,melayu2 yg menjadi baruwah2 dap dan ph,,seperti penulis di atas terpaksa mencanangkan umno akan tumbang,,,pru14,,sekalipun ditolak org melayu,,umno adalah yg terbanyak memenangi jumlah kerusi iaitu 55,, insyallah,,jika pru15 nanti,,umno akan memenangi lebih banyak kerusi...jika ditakdirkan pertembungan tiga penjuru melibatkan umno, pas dan ph,,aku pangkah umno,,sekalipun aku ahli pas,,kerana bagi aku,,pas ini punca perpecahan org melayu,,sekalipun bersatu dgn umno,,tetapi masih main kayu tiga....tetapi, jika pas dan umno serta ppbm boleh berpakat,,ini terbaik. tetapi,,ppbm ini adalah baruwah ph....ppbm akan buat onar...tunggu dan lihat saja nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruk ko meroyan ni..mcm dah x lama je.

      Padam
    2. baruwah2 ph mcm hang ni,,syok la jika org2 melayu berpecah belah...kesian kat hang jd pecacai babi dap

      Padam
  2. Puak2 bodoh UMNO nak berpecah.ego rasa umno sahaja di malaysia ni.Masuk muzium dah pahni.masih nak politik gaya lama.

    BalasPadam