Selepas 55 tahun ikut BN membuta tuli, kini MIC lebih berani, matang – Vigneswaran
KLANG – Setelah lebih 55 tahun mengikut Barisan Nasional (BN) secara ‘membuta tuli’, kini MIC kini sudah berani membuka mulut.
Bagaimanapun, segelintir pihak melihat tindakan itu sebagai tidak setia kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, sejak dulu lagi MIC bergantung harap dengan UMNO dan BN dan kini sudah tiba masa parti itu melakukan perubahan.
Jelas beliau, sejak kebelakangan pelbagai persoalan telah diajukan MIC kepada UMNO dan BN dan terdapat pihak yang tidak senang dengannya.
Namun katanya, dalam sesuatu hubungan semestinya ada perbezaan pendapat.
“Kami telah ikut BN secara buta tuli tanpa banyak soal selama ini, jadi adakah kini apabila kami tanya sesuatu itu bermakna kita berpaling tadah dan sudah tidak setia?
“Sebagai contoh, saya bertanyakan siapakah yang akan menerajui BN pada PRU akan datang, bukan sahaja saya atau MIC tapi secara umumnya semua juga hendak tahu siapa yang akan diangkat jadi Perdana Menteri, siapa terajui kerajaan sebelum masing-masing mengundi kelak.
“Saya juga bertanya mengapakah jika UMNO dan BN boleh bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) kenapa tidak kerjasama dengan Bersatu juga untuk tubuhkan kerajaan?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Vigneswaran, MIC sudah tidak mampu lagi melakukan perkara tidak rasional dan apa yang perlu dilakukan ialah menjaga rakyat yang merupakan tanggungjawab yang berat.
Dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung MIC, Vigneswaran meminta MIC diberikan peruntukan kerusi yang adil para PRU15 yang bersandarkan kepada realiti politik peringkat akar umbi.
“Maksud saya ialah winnable seats. Jangan cuba hina kami dengan beri kami kerusi pasti kalah kerana pelbagai faktor.
Beliau berkata, walaupun BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan berada di blok pembangkang namun MIC tetap meneruskan komitmennya membantu rakyat khususnya masyarakat India di negara ini. – MalaysiaGazette
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan