Header Ads

ads header

Flash News

'Saya tak pernah jumpa pengarah pilihan raya bangang macam Tajuddin'


Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Tajuddin Abdul Rahman yang menggelarkannya sebagai ‘bodoh’ kerana mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama Umno dan Bersatu.

Tajuddin mengulas kenyataan Shahidan baru-baru ini yang berkata, meskipun MT Umno telah membuat keputusan, namun yang menentukan sama ada sokongan kepada kerajaan PN ditarik balik ataupun tidak adalah ahli parlimen BN.

“Keputusan MT selama ini semua saya ikut, keputusan terbaru juga saya ikut kerana (putus hubungan dengan Bersatu) hanya akan dilaksanakan pada waktu menjelang pilihan raya umum (PRU).

“Cuma dalam perkataan saya sebut ‘kalau boleh’ (keputusan dibuat ahli parlimen). Tidak boleh tidak mengapalah. Putus, putuslah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Perhimpunan agung Umno (PAU) baru-baru ini bersetuju memberikan mandat kepada majlis tertinggi parti itu untuk menentukan bilakah tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan PN susulan keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Bagaimanapun, Shahidan membuat kenyataan yang disifatkan bercanggah dengan parti setelah menyatakan keputusan itu terletak di tangan wakil rakyat Umno.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan pandangan ahli parlimen Arau itu, yang juga merupakan ahli majlis tertinggi Umno.

Mereka sebaliknya menuntut agar semua anggota parlimen daripada Umno menghormati keputusan majlis tertinggi.

Tajuddin semalam menggesa ahli-ahli parlimen Umno yang tidak setuju dengan keputusan parti agar membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama Umno atau sebaliknya.

Dia juga mempersoalkan kenyataan Shahidan yang digelarkannya sebagai "bodoh".

"Yalah, ahli-ahli parlimen tu dia orang apa partinya? Jadi ahli parti mana? Umno BN-lah. Apa bodoh sangat Shahidan tu?" katanya.

Sementara itu, Shahidan menyifatkan kenyataan Tajuddin itu sangat tidak wajar, dan membidas kembali dengan menggelar ahli parlimen Pasir Salak itu pula sebagai ‘bangang’.

“Jadi apa dia (Tajuddin) kata itu tak wajar sebagai pengarah pilihan raya sampai nak panggil saya bodoh. 

"Saya pun tak pernah jumpalah pengarah pilihan raya bangang macam Tajuddin," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Rakyat mahukan keharmonian dan kesenangan hidup...

    BalasPadam
  2. UMNO ni sungguh membosankan!

    BalasPadam
  3. parti umno kini dah jadi parti kerdil, mereka sendiri dah tak bangga dgn umno...,sebab itu mereka bodoh membodoh sesama sendiri....

    BalasPadam