Header Ads

ads header

Flash News

‘Mungkin UMNO perlu kalah kali kedua baru hilang ego’




BANGI, 23 Syaaban 1442H, Isnin –
Pengundi akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sekiranya parti itu mendahulukan kepentingan peribadi tanpa mengambil pendekatan menguntungkan rakyat.

Hakikatnya, rakyat kini semakin bijak menilai dan tidak teragak-agak untuk menolak UMNO buat kali kedua jika parti itu tidak berubah.

Pemerhati politik, Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz berkata, dalam situasi sekarang dan pola pengundi yang tidak terikat dengan mana-mana parti, ahli politik perlu mendahulukan kepentingan rakyat dan tidak boleh terus berpolemik.

“Tujuh kerusi yang dimenangi BN pada PRK lepas tidak boleh dijadikan ukuran kerana pertembungan dua penjuru dan PAS bersama menyokong BN.

“Mungkin UMNO perlu kalah kali kedua dalam PRU-15 baharulah sikap ego dan sombong tersebut akan berubah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Sementara itu, mengulas mengenai Muafakat Nasional (MN) – yang diasaskan bersama UMNO dan PAS – katanya, itu semua retorik.

Beliau berkata, keikhlasan UMNO dalam memperkasakan MN dipertikaikan kerana tujuan asal penubuhannya bukannya hanya esklusif kepada UMNO dan PAS.

“Ruh semangat Muafakat Nasional ialah perpaduan Melayu Islam tanpa mengira parti politik atau NGO. Namun apabila Bersatu dilihat ingin menyertai MN dan tidak menguntungkan UMNO maka tiada lagi kepentingan UMNO bersama MN.

“Ucapan-ucapan yang mengguris perasaan PAS ketika PAU 2020 menzahirkan apa yang terpendam dalam hati UMNO.

“MN dibina dengan linangan air mata dan dihancurkan dengan perasaan ego dan kepentingan individu,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Umno berjaya perintah msia selama 62 tahun mmg bangga la. Semua akara umbi yg bodo lg dayus pasti setuju punya. Sbb akar umbi tk sedar tanah rezab melayu dh tggal 12% selama umno memerintah. Sokong la lg umno spya hilang terus tanah rezab melayu tu.

    BalasPadam
  2. Nama je title Ustaz pemerhati politik, tapi buat ulasan ikut sedap mulut..... Ulas mengenai MN pun dah bengong , taktau fakta sebenar pun & tak betul cite macam bagus, sembang kari je ustaz ooiii.... Macam mana boleh kata sebagai pemerhati politik? Yg sebenarnya layak digelar pencanai chapati politik je..... Kalau Umno kalah pun yg ustaz sibuk tu apahal. !!! Ini mesti jenis geng2 ustaz kluster @ Ikram.. ..Jangan marah, tanya je... Kalau salah, maafkan ya...... heee heee

    BalasPadam
  3. UMNO memang ego.Jika boleh kerajaan PN kena campur urusan mahkamah agar tutup kes pemimpin UMNO seperti PH gugurkan kes LGE dan tamil elam. UMNo perlu kalah kali kedua kerana ini akan memadamkan sombong bongkak.Sekarang ini UMNO berpecah kepada 3 kerana geng tua tak insaf mahu berpecah.Ramai nak kekal bersatu tapi puak kemaruk kuasa dan harta nak perpecahan sebab rasa selamanya UMNO memng kuat.Meluat rakyat kepada UMNO kembbali menguasai keadaan.Teruskan angkuh itu untuk ucapan selamat tinggal dan jadi kenangan di muzium.UMNO liat untuk berubah kerana geng tua,luput serta tengkorak hidup masih nak berpaut

    BalasPadam
  4. Kpd Awanama11 April 2021 5:20 PG,
    Nak tanya sikit , dah lama ke jadi RBA DAP atau BALACI geng Bunga ? Cara penulisan pun dah lapok ....stereo type je ... diulang ulang ,dah basi...
    Taktau lah siapa yg angkuh lagi Bodoh....
    Takkan taktau geng2 Bunga banyak spesis Katak2 dan Pengkianat , lagi mau cite pasal Umno....simpan bodo tu sikit ya..... haaa haaaaa haa

    BalasPadam