Jangan Berbelit, Saya Percaya Itu Suara Anwar Dan Zahid - Agus Yusoff
Soalan Wartawan:
"Perkara yang dibangkitkan contohnya isu audio tapi seolah-olah macam tak ada jawapan yang pasti untuk mengatakan sama ada benda itu betul atau tidak, adakah Datuk berpuas hati dengan jawapan yang diberikan (oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim)?"
Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff:
"Saya tak ada apa rasa pun, cuma saya mahu tahu, sebab saya lihat dari segi audio itu tidak ada apa kesan undang-undang pun, tidak ada apa yang salah pun, jadi kalau dia tak nak jawab itu privilege dialah, sedangkan saya memberi peluang untuk Datuk Seri (Anwar Ibrahim) menjawab secara terbuka sama ada betul itu suara dia bersama dengan Datuk Seri Zahid atau tidak. Dan kalau tidak jawab, pada saya, justeru tidak ada implikasi undang-undang, saya kira itu sebagai satu daripada politik biasa yang berlaku sehari-hari.
Cuma kalau nak lihat dari aspek undang-undang yang lebih jauh lagi, ialah aspek keselamatannya: Siapa yang tape? Mengapa perlu ditape? Apakah kita kemudiannya akan ada privacy dari segi kita berhubungan dengan orang takut-takut kita juga diintip begitu? So itu dari segi perspektif keselamatan dan undang-undanglah. Pada soal politik itu saya serah kepada orang politiklah untuk menguruskan hal yang sebegini. Cuma implikasinya, jikalau itu betullah, satu perhubungan atau satu percakapan antara Datuk Seri Anwar dengan Datuk Seri Zahid, mengaku sahaja.
Kalau kita berterusan untuk tidak memberi kenyataan yang benar, akhirnya kita akan terperangkap dengan kata-kata sendiri. Dalam apa juga perbuatan kehidupan ini, langkah pertama kena betul. Jadi apabila kita terus berbelit, lama-kelamaan dia akan menghilang dan menghakis keyakinan orang kepada kita.
Apatah lagi kita ini pemimpin. Jadi itu tujuan yang saya tonjolkan soalan yang seperti itu tadi. Justeru tidak ada apa-apa implikasi besar dari segi undang-undang, so kenapa takut? Kalaulah itu merupakan satu kesilapan misalnya untuk Datuk Seri Zahid, ia akan mengakibatkan orang UMNO marah ataupun tidak suka, itu adalah antara risiko sebagai pemimpin yang perlu diambil. So saya rasa itu risiko sahaja. Jadi jelaskan kenapa begitu, kenapa begini and then rakyat akan tidak keliru dan akan mendapat jawapan yang benar terhadap apa yang berlaku."
Soalan Wartawan:
"Secara peribadinya bila mengajukan soalan itu, adakah Prof sendiri yakin itu adalah Datuk Seri Anwar dan juga Datuk Seri Ahmad Zahid?"
Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff:
"Secara peribadi saya percaya. Yakin itu dia kena disahkan secara forensiklah tetapi saya seperti percaya itu seakan-akan suara pemimpin yang didakwa itu pemimpin yang terlibat. Secara peribadi bila saya dengar I tend to believe. Itu sahaja."
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
makin anuar zahi menafikan audio itu..,makin hilang keyakinan rakyat kepd mereka sebagai saorg pemimpin...lantas akan mencetuskan satu kesedaran baru kpd umat melayu Islam hari ini agar tdk lagi percaya kdp anuar, zahid sebagai pemimpin umat melayu Islam masa kini...
BalasPadamitulah takdir anuar...makin tdk dipercayaai rakyat utk anuar sebagai PM...
yg pasti anuar mustahil jd PM...
Anwar Ibrahim lebih layak jadi PM India.
BalasPadamModi pun kalah.
Jangan dr. Agus kena saman di anuwar dan zahid dh le.
BalasPadam