'Tak mungkin Pejuang jadi kerajaan lepas PRU15, tapi...'
Dr Mahathir Mohamad membayangkan keadaan politik negara selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak akan berbeza berbanding apa yang ada sekarang.
Jika ada pun yang berubah nanti, ramal Mahathir, Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi perdana menteri semula.
Ahli parlimen Langkawi itu menjangkakan Bersatu - yang kini sudah menjadi parti berbilang kaum berbanding ketika penubuhannya dulu - tidak mungkin memenangi banyak kerusi dalam PRU ke-15.
Dengan itu, katanya, sekutu Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dan gab ungan Muafakat Nasional (MN) akan memilih orang lain sebagai perdana menteri.
"Umno dan PAS memberi jawatan perdana menteri kepada Muhyiddin dahulu kerana mereka hanya boleh menjadi gabungan majoriti jika Bersatu keluar dari PH dan menyertai MN.
"Yang mencukupi bilangan ialah Azmin (Ali) dengan paksinya dari PKR. Secara tidak langsung Azmin diberi jawatan tertinggi tetapi bukan timbalan perdana menteri.
"Keadaan politik selepas PRU ke-15 tidak mungkin berbeza dari sekarang. Tetapi Muhyiddin tidak akan jadi perdana menteri," katanya dalam hantaran terbaru blognya.
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kata Mahathir diharapkan dapat menjadi kuasa ketiga yang akan menjadi penentu kepada gabungan kerajaan baru nanti.
"Pejuang tidak mungkin jadi kerajaan. Tetapi sokongan Pejuang akan tentukan gabungan mana yang akan jadi kerajaan.
"Sokongan Pejuang (akan diperolehi) hanya jika syarat Pejuang diterima," tambahnya.
Selepas Langkah Sheraton tahun lalu, Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan melalui pembentukan PN yang dianggotai PAS bersama parti lain, dan disokong ahli parlimen Umno.
Berdasarkan kedudukan kerusi semasa, tidak ada parti yang dapat membentuk kerajaan secara sendiri melainkan menerusi gabungan dengan parti-parti lain.
Ketika hubungan Umno dan Bersatu ibarat retak menanti belah, cakap-cakap mengenai penjajaran baru kencang diperkatakan, termasuk antara Umno dan PKR.
Permohonan pendaftaran Pejuang bersama satu lagi parti baru, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara (ROS) pada 6 Jan lalu.
Sebelum ini, Muhyiddin menerima kritikan sebahagian pihak kerana dikatakan tidak mempunyai sokongan majoriti yang cukup.
Sesetengah pihak - termasuk Umno sendiri -turut menyelar pentadbirannya yang sehingga kini masih tidak membenarkan Parlimen bersidang atas alasan Covid-19.
Muhyiddin pernah memberi jaminan yang dia akan
membubarkan parlimen dan memberi laluan untuk PRU-15 sebaik sahaja wabak
Covid-19 terkawal.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Masih belum sedar kasihan
BalasPadami have the number!
BalasPadam