Header Ads

ads header

Flash News

Shahrir Samad membidas kenyataan Annuar Musa


PETALING JAYA:
Veteran Umno Shahrir Samad membidas kenyataan bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa, bahawa lebih banyak bahagian parti itu akan mengikut keputusan Umno Perlis dan Sabah yang meneruskan kerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Shahrir berkata, pandangan Annuar merupakan ramalan lemah, memandangkan PPBM tidak memenangi sebarang kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis manakala di Sabah, Umno negeri mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan.

“Contoh Perlis dan Sabah, untuk meramalkan lebih banyak negeri dan bahagian akan melanggar keputusan Majlis Tertinggi Umno tidak mahu bersama dengan PPBM pada PRU15, adalah contoh yang agak lemah.

“Bagi Perlis, PPBM tidak menang walau satu kerusi DUN dan Parlimen. Maka, bunyinya sedaplah apabila Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim berkata Perlis tidak akan ikut keputusan MT dan sebaliknya akan kerjasama dengan PPBM dan PN,” katanya di Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut mempersoalkan, adakah Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau bersedia menyerahkan satu atau dua kerusi Barisan Nasional (BN) kepada PPBM untuk ditandingi, serta apakah PAS juga akan melakukan perkara sama.

“Begitu juga di negeri Annuar Musa. PPBM ada kerusi Parlimen Jeli kerana Mustapha Mohamed melompat keluar dari Umno. Mahukah Umno Kelantan menyerahkan Parlimen Jeli kepada PPBM?” soalnya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan