Header Ads

ads header

Flash News

Penyatuan Ummah ini bukan hak ekslusif PAS dan UMNO sahaja



Kebetulan hari ini 13 Sya'ban. Giliran saya singgah di juzu' 13.

Balik dari PAU tadi jumpa ayat ini.

Allah. Sejuk hati walau cuaca hari ini agak panas.

"Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanya orang-orang yang berakal (ulul Albab) saja yang dapat mengambil pelajaran."

"Iaitu orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak mencabuli perjanjian".
Surah Ar-Ra'd, ayat 19-20.

Kata Ibnu Kathir mengenai ayat ini, mereka ini tidak sama dengan orang-orang munafik yang apabila seseorang dari mereka mengadakan perjanjian, maka mencabulinya, apabila bersengketa, mereka curangi, apabila berbicara, mereka berdusta dan apabila dipercayai, mereka khianat.
Kemudian disambung lagi dengan ayat yang ke 21,

"Dan mereka yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (menjaga silaturrahim), dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk".

Oleh kerana itu saya yakin, Penyatuan Ummah ini bukan hak ekslusif PAS dan UMNO sahaja.
Ia mestilah melibatkan semua pihak, termasuk semua jenis parti politik lain, NGO-NGO, NGI yang menerima kepimpinan Islam.

Sabtu hari santai.

Ir. Ts. Khairil Nizam


MR :
UMNO rasa dia abang besar, semua orang kena ikut punggung dia. Tak sedar diri dulu pernah tersungkur tercium tanah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan