Header Ads

ads header

Flash News

Pemilihan DAP Perak: Nga bakal dicabar kumpulan Kula




DAP Perak akan menjalani pemilihan pimpinan negeri bagi penggal 2021-2024 pada hari Ahad ini yang akan menyaksikan saingan antara pasukan penyandang Nga Kor Ming dan kumpulan yang diketuai oleh Naib Pengerusi kebangsaan DAP, M Kulasegaran.

Pada tahun 2010, Kulasegaran dan Thomas Su Keong Siong dikalahkan ketika mereka dicabar kumpulan Ngeh Koo Ham yang merupakan mentor dan sepupu kepada Nga.

Kali ini, pencabarnya telah mengumumkan pencalonan mereka secara terbuka yang terdiri daripada beberapa pengkritik Nga dan Ngeh.

Pemilihan pada hari Ahad ini adalah untuk 15 kerusi jawatankuasa DAP Perak. Hanya ada 30 calon yang mewakili pasukan Nga dan Kulasegaran.

Mereka akan dipilih oleh 2,135 delegasi daripada 309 cawangan.

Nga, 48 yang merupakan timbalan setiausaha agung DAP turut memegang jawatan sebagai pengerusi negeri.

Nga yang juga berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan pusat pada Jun, perlu menang besar di Perak untuk mencerahkan peluangnya dalam pemilihan di peringkat pusat.

Ketika dihubungi Nga berkata: "Tindakan lebih penting berbanding sekadar bercakap."





Di bawah kepimpinan Ngeh dan Nga, DAP Perak sapu bersih semua kerusi ditandingi pada pilihan raya 2013 dan 2018, dengan memenangi tujuh parlimen dan 18 kerusi DUN.

Namun, kepemimpinan mereka tercemar sedikit selepas tindakan beberapa Adun DAP lompat parti, mengakibatkan Kerajaan PH Perak tumbang sebanyak dua kali pada 2009 dan 2020.

Yang terbaru Paul Yong (Adun Tronoh) dan A Sivasubramaniam (Adun Buntong) melompat parti menyertai Bersatu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Su berkata bahawa DAP Perak memerlukan "pimpinan baru" untuk mengemudi parti.

"Akar umbi bertanya kepada kami mengapa lompat parti selalu berlaku di Perak. Itulah sebabnya mereka menuntut agar kami membuat pencalonan.

"Apa masalahnya? Ini adalah sesuatu yang perlu kita selesaikan dalam kalangan kepimpinan," kata Su, yang merupakan penolong setiausaha penganjur DAP.

Kulasegaran yang lebih dikenali sebagai Kula pula mencadangkan bahawa di bawah kepemimpinan Ngeh dan Nga, DAP Perak tidak cukup inklusif dan telah menyumbang kepada tindakan Adun lompat parti.

"Kami berkumpul untuk menyatakan pendirian kami sebagai anggota parti yang berprinsip. Tidak ada lagi persaingan lama, politik patriarki lama dan sebaliknya politik inklusif yang paling penting dan tidak ada perpecahan seperti yang dilihat akhir-akhir ini hanya kerana tidak sependapat," katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan