Header Ads

ads header

Flash News

Umno cuma tumpu isu kuasa, abai kemelut orang Melayu, rugilah Melayu, rugilah penyokong Melayu


Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang melabuhkan tirai semalam gagal mengangkat isu-isu yang didepani orang Melayu, menurut pengamanatan penganalisis politik Prof Mohammad Agus Yusoff.

Katanya, PAU 2020 hanya menyentuh soal kuasa - iaitu isu kemenangan, penjajaran baru, gabungan politik, dan sebagainya - namun tidak menyentuh isu lebih besar orang Melayu seperti keadilan, kesejahteraan dan ekonomi rakyat.

“Melayu itu bukan hanya untuk kuasa.

“Semalam ada kita bincangkan tentang Covid-19? Tentang prosedur operasi standard (SOP)? Tentang masa depan negara? Ada kita bincangkan tentang agenda rakyat? Adakah benda-benda seperti itu (dibincangkan)? Ada?

“Tak ada,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Seperti hantaran di Facebooknya semalam, Mohammad Agus mengaitkan orang Melayu dengan konsep staatsvolk, perkataan Jerman yang membawa erti rakyat terbanyak, atau menurut Agus, “dominasi etnik majoriti dalam sesebuah negara”.

Menerusi hantaran itu Mohammad Agus berkata, staatsvolk penting untuk memastikan kestabilan politik dalam sebuah negara multietnik.

Sekiranya staatsvolk tidak kuat dan bersatu, katanya, ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati etnik majoriti dan boleh membawa kekacauan.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dirangka Suruhanjaya Lord Reid juga memastikan staatsvolk dipelihara, iaitu dari segi kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, Islam, dan tanah simpanan Melayu tanpa menafikan atau mendiskriminasi hak kaum lain .

Pun begitu, katanya, setelah 64 tahun merdeka Umno tidak berubah dan hanya melihat staatsvolk Melayu dalam konteks menjaga kuasa semata-mata.

Hal itu kata Agus dapat dilihat daripada ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan yang hanya memfokuskan kepada persaingan dalam PRU ke-15.

Terbatas soal kuasa, kemenangan

Sedangkan isu kaum dan agama yang mencabar staatsvolk Melayu, kata Mohammad Agus, serta kebimbangan golongan bukan Melayu yang hidup dalam lingkungan orang Melayu tidak mendapat perhatian wajar.

PAU kali ini memang menjadi perhatian banyak pihak kerana sejak awal, fokusnya lebih tertumpu kepada keputusan Umno terhadap hubungan kerjasama mereka dengan Bersatu.

Sepanjang dua hari berlangsungnya PAU, sememangnya isu hubungan dengan Bersatu itulah yang dominan manakala hal-hal lain menjadi agenda sampingan termasuk DAP, Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH). 

Meskipun kenyataan Ahmad Zahid semalam jelas bahawa BN - yang diketuai Umno - akan bergerak bersendirian pada PRU ke-15 nanti, ketidakpastian tetap tidak terhapus apabila tokoh-tokoh Umno memberi kenyataan bersifat kata dua kepada PAS.

Secara keseluruhan PAS diminta memilih sama ada bersama parti itu dalam Muafakat Nasional atau kekal bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Setakat ini, PAS masih tetap dengan pendirian untuk mempertahankan “perpaduan ummah” seperti pendirian mereka selama ini, iaitu tidak meninggalkan Bersatu mahupun Umno.

“Kita bataskan semangat Melayu itu hanya pada soal kuasa dan kemenangan. Saya tak fikir itu betul.

“Semalam sepatutnya perhimpunan itu kena menjadi lebih besar dan luas lagi untuk membincangkan tentang masa depan Melayu, masa depan ekonominya, pekerjaaannya,” kata Mohammad Agus.

Menurutnya lagi apa yang kurang dalam PAU semalam ialah agenda untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi orang Melayu, manakala yang menonjol hanya agenda untuk kuasa Umno semata-mata.

“Rugilah... rugi. Pada saya itu satu kerugian,” katanya lagi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Malang sungguh, peluang kedua dibazirkan di PAU 2020. Umno dengan retorik fakta dan sejarah sekali lagi mendabik dada, bertempik dengan penuh yakin. Perkara yang sama berlaku di PAU lalu sebelum akhirnya tersungkur kali pertama pada tahun 2018 apabila presiden dengan angkuh mengatakan kita dominan bla..bla. Agaknya peluang kedua ni nak dibazirkan bak kata midun di kala senario politik yang dinamik, rakyat sebagai pemberita dan menuntut hanya yang terbaik memimpin negara. Retis pun tak lepas dari teguran netizen, kalau pemimpin yang diberi kuasa dan akan ditanya Allah di kubur kelak masih tak sedarkan, sesungguhnya bukan sahaja peluang kedua dibazirkan malah menempah azab di akhirat nanti

    BalasPadam
  2. Umno sedang gali kubur sendiri, MP menang bukan di pangkah ahli umno shj, malah lebih 50% yng undi bukannya ahli umno. Awk2 ni bila masa akan berpaling arah. Tambah lagi skrg umno bukan kjaan.

    BalasPadam