Header Ads

ads header

Flash News

Kita sibuk meminta PRU, Namun dalam masa yang sama kita cuba menyekat demokrasi dalam parti



Zaman UMNO tidak tangguh pemilihan parti selalu menang besar dalam PRU.

Sejak UMNO mula belajar tangguh pemilihan parti undi terhadap UMNO semakin susut dan parti tetap juga berpecah.

Kita tangguh pemilihan UMNO 2016 sehingga 2018, pecat Timbalan dan Naib Presiden, kemudian masuk PRU-14 dengan solidariti dalaman yang kuat.

Akhirnya kita kalah buat kali pertama dalam PRU.

Jangan takut adakan pemilihan kerana disitu parti membentuk kematangan dan menunjukkan kepada pengundi luar parti makna sebuah perjuangan dalam UMNO.

Kita sibuk meminta PRU yang kalau ikut penggalnya masih panjang iaitu sehingga Mei 2023.

Namun dalam masa yang sama kita cuba menyekat demokrasi dalam parti dengan mencari jalan mahu menanguhkan pemilihan dalam parti sepatutnya diadakan pada bulan Jun 2021 ini.

Sebelum kita menuntut keterbukaan orang lain, kita sendiri mesti bersedia menunjuk contoh teladan yang baik.

Kita tidak boleh dilihat rakyat semacam peribahasa inggeris - The pot calling the kettle black

Ab Jalil Backer




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan