Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan UMNO ibarat ingin bercerai, tapi enggan lafaz talak - Rosol


KUALA TERENGGANU:
"Ingin bercerai tapi enggan melafazkan talak.”

Itulah yang di ibaratkan menerusi keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan hanya bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid, keputusan yang dibuat itu juga menimbulkan banyak persoalan.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, sebagai rakan sekutu dalam PN, beliau menghormati keputusan yang dibuat parti berkenaan.

“Cuma persoalan yang besar dalam keputusan tersebut adalah hari ini dimaklumkan oleh presiden, esok pengerusi perhubungan Perlis tak setuju, kemudian MIC juga tak setuju, jadi mereka rasa bahawa mereka dah selesa dan mereka nampak kerajaan PN.

“Jadi, di sini timbul persoalan apakah keputusan tersebut keputusan secara kolaboratif atau keputusan individu. Itu persoalannya,” ujar beliau.

Rosol berkata demikian selepas majlis pelancaran ‘Kempen Norma Baharu COVID-19’ sektor peruncitan di pasar-pasar utama peringkat Pasar Payang, pada Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata matlamat Bersatu adalah jelas iaitu ingin bersatu dan berpadu dengan agama, bangsa dan negara, bagaimanapun terpulang kepada UMNO untuk membuat keputusan.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengesahkan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu sewaktu PRU15.

Dalam satu kenyataan, Ahmad berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MKT di Janda Baik, pada 19 Februari lepas, seperti yang dilaporkan beberapa media.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan