Header Ads

ads header

Flash News

Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah semalam


KUALA LUMPUR:
Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara kepada RM4,247.50 setiap tan semalam berbanding Khamis lepas pada paras RM4,193 setiap tan, tertinggi sejak 13 tahun lalu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kesannya, harga Buah Tandan Segar (BTS) di Semenanjung melepasi paras RM900 setiap tan sedangkan harganya setahun lalu hanya sekitar RM300 sahaja.

"Bersyukurlah, pasti nikmat ditambah oleh Allah. Sememangnya 'Sawit Anugerah Tuhan'," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), harga MSM ini berpotensi untuk terus kekal tinggi berdasarkan sentimen pasaran yang positif pada masa ini iaitu paras stok yang rendah, peningkatan eksport minyak sawit dan pengukuhan harga minyak kacang soya di pasaran dunia.
Data MPOB turut menunjukkan komoditi itu mencatatkan harga purata RM3,895.50 setiap tan sepanjang bulan lalu.

Data yang sama menunjukkan harga MSM tertinggi yang dicatatkan pada tahun lalu ialah RM3,788 setiap tan.

Semalam, Bloomberg melaporkan harga minyak sawit dijangka mencatatkan prestasi tahunan terbaik dalam tempoh sedekad walaupun pandemik COVID-19 tidak mencatatkan sebarang penurunan di seluruh dunia.

Penanda aras niaga hadapan minyak tropika itu, yang digunakan dalam semua perkara dan produk dari minyak masak hingga syampu, akan berlegar pada paras purata sekitar RM3,200 satu tan pada 2021, tertinggi dalam sedekad.

Pemilik Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Sathia Varqa berkata kejadian banjir susulan La Nina dan penyusutan inventori di Malaysia meningkatkan pasaran, namun harganya mungkin berada di bawah tekanan pada separuh kedua kerana pengeluaran sawit dan minyak kacang soya yang meningkat semula.

"Memandangkan pengeluaran lebih rendah dan stok terendah dalam beberapa tahun, harga MSM dijangka terus meningkat hingga pertengahan Februari, tetapi kemudiannya reda setelah pengeluaran mulai pulih dan stok bertambah dari Mac dan seterusnya," katanya.

-- BERNAMA




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. PH tidak tahu mengurus negara. Baik pi mampus daripada jadi penyokong PH.

    BalasPadam
  2. demi umat melayu Islam...,PH tak mungkin lagi menjadi kerajaan...

    BalasPadam