Dari awal lagi Umno, PAS hanya mahu sertai k'jaan PN setahun saja kata Asyraf
Keputusan Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah pendirian konsisten dengan matlamat asal parti itu untuk berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama setahun, kata Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.
Jelas Asyraf, Umno dan PAS pada awalnya bersetuju untuk menyertai kerajaan untuk tempoh setahun sebelum menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.
Bagaimanapun pandemik Covid-19 menyebabkan dinamik politik berubah dan Umno membuat ketetapan bahawa PRU-15 perlu diadakan sebaik wabak berkenaan berjaya ditangani.
"Kita tak pernah setuju sertai PN jika nak didaftarkan sebagai parti, itu jelas. Kita bersetuju untuk bentuk kerajaan ini dan kita namakan kerajaan ini kerajaan PN, tetapi kita tak pernah bersetuju untuk jadi komponen.
"Mana mungkin kita hendak melenyapkan dan meleburkan identiti BN. Begitu juga kesepakatan kita dalam Muafakat Nasional (MN), kita telah sepakat dengan PAS bahawa kerajaan ini tak boleh lama.
"Bahkan kita letak garis masa bahawa kita hanya berada dalam kerajaan maksimum setahun," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, semalam.
PAS membentuk kerjasama dengan Umno selepas BN pimpinan Najib Razak tewas buat pertama kalinya dalam PRU-14 lalu.
Melalui pakatan itu, Umno dan PAS membentuk piagam kerjasama mereka.
Pada Mac tahun lalu, Umno dan PAS bersama Bersatu serta GPS dan parti dari Sabah membentuk kerajaan PN.
PAS kemudiannya bertindak menyertai PN sebagai rakan komponen rasmi meskipun masih lagi bekerjasama dengan Umno dalam MN.
Umno sebelum ini membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama mereka dengan Bersatu dan hanya akan menyokong kerajaan PN sehingga PRU-15.
Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang bakal mengabsahkan keputusan parti itu memutuskan hubungannya dengan Bersatu.
Asyraf berkata hubungan dengan Bersatu sememangnya dari awal lagi bersifat sementara, selain "bermasalah".
"Daripada awal jelas hubungan kita dengan Bersatu tak sampai bila-bila ia hanya sehingga PRU.
"Cuma dalam proses kita bentuk kerajaan sampai hari ini kita lihat ada sesuatu tak kena dalam perhubungan ini daripada akar umbi sehingga ke atas.
"Dalam mana-mana perhubungan perlu ada kejujuran dan keikhlasan," katanya lagi.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Pemuda umno ketandusan pemimpon yg berkebolehan....spt asyraf ini entah apa perjuangannya, entah apa kemampuannya...langsung tdk layak utk jadi pemimpin umat melayu...low class...
BalasPadam