Puad terima surat peguam PM dan ‘pilih ke mahkamah’
Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi menerima surat tuntutan daripada peguam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung tindakan saman sebanyak RM10 juta akan diambil terhadapnya.
“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting dalam FB saya.
“Justeru saya memilih ke mahkamah. Ini akan memberi peluang kepada saya untuk bersama rakyat yang membantah amalan ‘antara dua darjat’ dalam isu kuarantin.
“Saya dituduh memfitnah perdana menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun di saman maka amat wajar saya melawan di Mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 9 Februrari lalu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Puad berhubung catatan di Facebooknya, jika dia gagal memohon maaf secara terbuka.
Dia sebelum ini mendakwa Muhyiddin dan pegawainya enggan menjalankan kuarantin ketika tiba ke tanah air selepas lawatan ke Jakarta, Indonesia.
Dia turut mempersoalkan adakah keengganan Muhyiddin dan pegawainya menjalani kuarantin selama 10 hari menyebabkan Menteri Kesihatan Adham Baba mengeluarkan surat arahan baru melalui Warta Persekutuan untuk menetapkan bahawa kuarantin menteri yang keluar negara hanya memerlukan tiga hari.
Menurutnya, sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan dirinya dibuli oleh Muhyiddin seperti mana yang dilakukan terhadap pemimpin Umno lain.
Katanya, oleh kerana peraturan kuarantin tiga hari untuk menteri dibuat tergesa gesa, maka ia isu “kepentingan awam” wajar perlu ditanya dan dipersoalkan.
“Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak,” katanya.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Fuad cari Market
BalasPadam