Pelawak veteran Jamali Shadat meninggal dunia
PETALING JAYA: Pelawak veteran Jamali Shadat meninggal dunia pagi tadi pada usia 78 tahun.
Kematiannya pada 8.30 pagi dimaklumkan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.
“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” lapor Harian Metro.
Terdahulu, tular berita mengenai keadaan Jamali yang semakin uzur, tidak mampu berjalan dan hilang selera makan.
Kata Isyraq sebelum ini, Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018. Segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh Lela, yang juga menjaganya sehingga pulih apabila diserang angin ahmar.
“Selepas (kematian nenek)… dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya,” kata Isyraq.
Jamali, anak kelahiran Bukit Kapar, Klang, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Bintang Jamali bersinar pada 1980-an dengan watak kanak-kanak bernama Atan bersama atuknya dan rakan lain yang berbilang kaum. - FMT
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan