Jangan pinggirkan rawatan moden dalam melakukan rawatan Islam
TUMPAT: Umat Islam disaran supaya tidak meminggirkan rawatan perubatan saintifik secara moden dalam melakukan rawatan Islam sebagai usaha merawat pesakit COVID-19.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad
Marzuk Shaary berkata, alternatif rawatan secara Islam boleh digunakan.
Justeru, umat Islam dinasihatkan supaya jangan terkeliru sehingga meminggirkan rawatan kaedah saintifik dan moden kerana rawatan tambahan seperti doa dan bacaan rukyah dibolehkan berdasarkan pembuktian.
"Jadi apa yang kita buat di hospital ini adalah berdasarkan bukti, ada virus, ada vaksin, kita makan ubat itu berlandaskan bukti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Musaadah COVID-19 Jakim-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Hospital Tumpat, di sini, pada Isnin.
Terdahulu, media melaporkan Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Hilmi Abdullah, mencadangkan selain rawatan moden, perubatan secara Islam juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dalam usaha merawat pesakit COVID-19.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata pihaknya juga sentiasa menyemak dari semasa ke semasa status penurunan kes COVID-19 untuk memperbaharui prosedur operasi standard (SOP) mengenai jumlah jemaah ke masjid.
"Kita tidak kekal kepada satu SOP dari dulu hingga sekarang, kalau kes menurun kita akan benarkan jumlah jemaah bertambah mengikut keadaan. Namun sekarang kita terpaksa ketatkan balik memandangkan jumlah kes COVID-19 semakin meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Kekeliruan besar di semua peringkat umur, status kerjaya dan statut pendidikan. Apakah rawatan Islam itu bukan rawatan moden? Cuba fahami dahulu apakah itu rawatan Islam. Ruqyah dan doa itu hanya satu cabang dari rawatan Islam. Kekeliruan sebegini amat bahaya kerana merendahkan status agama Islam itu sendiri. Harap ada yang dapat mendidik masyarakat mengenai rawatan Islam yang sebenarnya.
BalasPadamDalam dunia ini pelbagai kaedah perubatan boleh dicuba atau digunakan bersesuaian dengan bentuk penyakit dan penyebab penyakit dan bukan semua jenis penyakit yang sama sembuh dengan kaedah,alat atau ubat yang sama. Islam di ajar setiap penyakit ada ubatnya dan ubatnya adalah pelbagai bagai cara samada melalui pembedahan,ubatan sintetik dadah,vaksin,herba,doa atau rukyah dari hadis dan al Quraan,homeopati,singseh cina,bekam,makanan kesihatan dll. Perpeksi orang ramai yang silap tafsir tentang perubatan Islam hanya sekadar ritual mengubati sihir,gangguan jin perlulah diubah. Ketika barat dalam kegelapan,sebelum abad ke 18 ,dunia Islam telahpun mendahului dalam mempelopori dunia perubatan menerusi kajian kajian ilmiah tetapi kemudian dunia Islam kembali ke arah belakang
BalasPadamRawatan modern inilah rawatan Islam. Sila buka Oxford Handbook of Clinical Specialty. Ada dua mukasurat penuh menzahirkan pengiktirafan kepada ilmuwan ilmuwan Islam dan kitan Perubatan "The Canon".
BalasPadamPerubatan modern kita punya encik oi. Tapi akibat kealpaan kita sendiri , ianya jatuh ke tangan orang lain, dan kini jadi milik orang lain.
Buat pengetahuan encik , saya adalah Felo Pembedahan Transplantasi dan Vaskular di Oxford University Hospital.
PadamSahabat saya , Prof. Afifi Al Kitty pun buat pengajian Islam di sini. Bagusnya Oxford ianya tidak bias dan sentiasa utuh dalam kajian dan etika kebenarannya, tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak.
rawatan Islam pd dasarnya lebih mahal dari rawatan moden....tdk padan dgn khidmat, peralatan yg mereka adakan...
BalasPadam