Header Ads

ads header

Flash News

Annuar gesa pemimpin Bersatu henti tuduh 'akaun rahsia' Umno


Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Umno mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik.

"Akaun sulit Umno? Pemimpin Bersatu atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat tuduhan.

"Ia tidak membawa sebarang kebaikan," ciapnya.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, selama lebih 20 tahun sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, parti itu tidak pernah membuat keputusan membuka akaun rahsia.

Dia berkata demikian ekoran kenyataan ahli majlis tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman yang menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menyiasat dakwaan bahawa Umno mempunyai akaun bank rahsia.

Selain melanggar Akta Pertubuhan, Faiz berkata pendedahan itu merupakan pengkhianatan jelas terhadap perlembagaan Umno dan anggotanya sendiri.

Dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu dibuat oleh pihak pendakwaan dalam saman sita pelucutanhak berkaitan 1MDB oleh kerajaan terhadap Obyu Holdings.

Umno mendakwa wang yang ingin disita oleh kerajaan adalah milik parti itu.

Dalam keterangan bertulis bagi membantah dakwaan itu, pihak pendakwa berkata akaun tersebut, yang tidak diaudit, digunakan untuk menerima sumbangan politik.

Beberapa pemimpin Umno termasuk timbalan presiden Mohamad Hasan mendakwa mereka tidak tahu-menahu mengenai kewujudan akaun rahsia Umno  bagi menerima sumbangan politik, seperti didedahkan di mahkamah.

“Tak ada pula di dalam pengetahuan saya Umno ada akaun rahsia,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. diera najib, dia fikir hanya dia yg sangat berkuasa...,dia boleh buat yg dia nak buat...dia tahu tiada ahli umno lain yg berani menentangnya...itulah kehebatan najib....
    malangnya kehebatan najib itu hanyak utk kepentingan dirinya, bukan utk kepentingan rakyat, bangsa dan negara...

    BalasPadam
  2. Mohtar @ mahathir @ atok meratib Najib lagi kat sini. Nak buang aura bossku agaknya. Takut kalah prk, pru?

    BalasPadam
  3. Jika nasi kandar kotor diarah tutup, mengapa kerajaan tidak tutup sugar book yang didakwa mempromosi pelacuran secara terbuka ??? Mengapa sugar book masih boleh dilayari di Msia ?Mengapa pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin pembangkang diam membisu tentang isu yang tidak bermoral yang boleh memusnahkan masyarakat ? Mengapa ? Adakah mereka semua sibuk berpolitik sahaja ? Rakyat mahu jawapan !!!

    BalasPadam