Header Ads

ads header

Flash News

Walau jadi sasaran ‘peluru fitnah, roket penjahanam Umno,’ Zahid tetap istiqamah


KUALA LUMPUR:
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tetap istiqamah menghadapi serangan terhadapnya, termasuk “peluru-peluru fitnah” dari dalam dan luar parti.

Beliau yakin Umno tidak akan tewas kepada cubaan pihak tertentu untuk memusnahkan kepimpinan parti tunjang Barisan Nasional itu.

“Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam Umno dari setiap sudut dalaman dan luaran, dihamburkan bertubi-tubi kepada saya.

“Kekuatan Umno sebenar dari benteng-benteng di akar umbi. Biarpun pemimpin-pemimpinnya cuba dimusnahkan, namun bentengnya tetap utuh,” katanya di Twitter hari ini.

Zahid berkata demikian susulan pergolakan dalam parti yang berpaksi kepada kerjasama Umno dengan PPBM dalam menghadapi pilihan raya umum ke 15.

Perbalahan terbuka mengenai isu itu tercetus dan pemimpin seperti Annuar Musa menuduh kepimpinan Umno sebagai bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Malah, Annuar berkata beliau mempunyai bukti sahih bahawa Zahid sendiri memberi surat sokongan untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong melantik Anwar sebagai perdana menteri baharu, menggantikan Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin adalah presiden PPBM.

Zahid sebelum ini memecat Annuar sebagai setiausaha agung Barisan Nasional.

Zahid turut mengumumkan sebilangan besar ketua bahagian Umno mahu kerjasama parti itu dengan PPBM ditamatkan dan pilihan raya umum diadakan demi pembentukan sebuah kerajaan yang lebih stabil.

Keabsahan kerajaan Perikatan Nasional Muhyiddin dipertikaikan selepas beberapa Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan terhadap beliau.

Pembangkang menuduh kerajaan Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoiriti mudah di Parlimen untuk terus menjadi perdana menteri. Bagaimanapun tanggapan itu disanggah oleh pemimpin PN.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Sendiri yang buat keputusan. Sendiri yang buat hala tuju umno. Bila dah tersepit nak guna atas nama akar umbi pulak.

    BalasPadam
  2. Bukan istiqomah,tp muka x malu.
    Bila tokmat berjaya bru zahid nampak muka .masa umno jatuh.zahid berehat .puii.istiqomah apa.

    BalasPadam
  3. saya sarankan ahli2 umno supaya pertahankan presiden. jika kita ahli umno sendiri yg menelanjangkan presiden kita,,ini tidak cerdik. musuh2 umno dari ph,,mereka sememangnya gerun dgn kekuatan akar umbi umno, mentelahan umno bertaawun dgn pas dlm MN. tiada jln lain untuk melemahkan umno melainkan dgn cara menuduh presiden umno dgn pelbagai kesalahan. ph guna org2 umno yg cepat melatah..kunon atas dasar sayang pd parti,maka individu tidak dipertahankan. secara tidak sedar, perkara ini menyebabkan bukan sahaja presiden di benci, bahkan umno turut sama dibenci. sblm pru14, phancing guna cara yg sama, memfitnah ds najib dgn bermacam2 tuduhan jahat sehingga putrajaya diperintah babi dap. adakah ahli umno mahu pisang berbuah dua kali? nak jadi bodoh lagi ka dgn babi2 rba dap yg berlakun menjadi org melayu yg memaki hamun umno,? wahai umno,,tolong sedar,,,jika benar zahid bersalah di mahkamah,,guna PAU untuk buang beliau. jgn buat pc suruh undur...kerja bodoh ni,,jd baruwah babi dap...

    BalasPadam
  4. sudah sampai masa umno di telan zaman....buat macamana pun umno dlm proses hanyut secara beransur2....spt parti raksaksa GOLKAr indonesiaq yg dipimpin oleh suharto dahulu...kini masih ujud, diolah macamana pun hanya akan jadi parti kecil2an sahaja....umno pun pasti begtu juga...

    BalasPadam