Header Ads

ads header

Flash News

Umno sedang siapkan akar umbi untuk kerjasama dengan DAP


Umno sedang mempersiapkan minda dan jiwa para penyokong dan pemimpin bawahan mereka untuk membolehkan mereka membuat jajaran politik baru termasuk bekerjasama dengan DAP, musuh yang sering menjadi sasaran mereka selama ini.

Dalam masa yang sama juga, seluruh kepimpinan Umno juga dipersiapkan untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Bersatu dan meninggalkan Pas juga.

Sehingga kini, media melaporkan, sebanyak 189 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bahagian-bahagian itu yang berjalan mulai Jumaat lepas.
Hanya satu bahagian di Kelantan dan satu di Perlis bersedia mempertahankan kerjasama sedia ada, berdasarkan kenyataan pemimpin dari bahagian tersebut.

Di Terengganu dan Kelantan pula, pemimpin Umno menolak kerjasama diteruskan dengan Pas kerana bagi mereka, parti yang memerintah Kelantan dan Terengganu itu tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan mereka.

Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Mohamad Zulkepli Omar (gambar) dalam taklimatnya kepada pemimpin Umno Bahagian berkata, pemimpin Umno berpendapat, mereka tidak boleh berdiri sendiri buat masa ini dan perlukan kerjasama.

Tetapi Bersatu telah menunjukkan belangnya dengan mencuri ahli-ahli dan pemimpin Umno dengan pelbagai cara dengan tujuan untuk membunuh Umno.

“Sebagaimana yang dibuat oleh Peja (Datuk Seri Faizal Azumu, MB Perak) di Perak, dia nak tukar habis Umno dan jadikan Bersatu.

“Macam di Kuala Krai juga, dia nak tukar habis Umno Kuala Krai jadi Bersatu. Mereka memang mampuskan Umno. Memang kerjaaan (usaha) Muhyiddin Yassin ini nak mampuskan Umno. Hok ganti Umno adalah Bersatu,” kata bekas Adun manik Urai itu.

Sehubungan dengan itu, katanya, Umno perlukan bantuan dari parti-parti lain.

“Nak bersama Bersatu tak munasabah doh kerana dia nak bunuh kita. Nak pergi ke Pas, semua kita kenal belaka doh sebab Pas ni luar sahaja yang bersama kita,” kata beliau.

Menurut beliau, pemimpin Umno sudah cukup kecewa dengan Perikatan Nasional dan jika jika ia diteruskan dalam keadaan sekarang, Umno akan rugi dan akan pupus selamanya dibunuh oleh Bersatu.
“Kita cukup kecewa benar dengan Perikatan Nasional. Masa penggulungan Belanjawan baru-baru ini, kita nak jatuhkan dah tetapi kita berfikir ia akan memberikan kesan tak baik kepada kita kerana apa yang kita tuntut, dia ikut belaka dah. Umno akan didakwa oleh rakyat sebagai pengkhianat sebenar,” katanya.

Namun, kata Zulkepli menerusi audio yang disebarkan itu, yang pasti kerajaan PN ini akan runtuh juga awal tahun ini dan Umno perlu bekerjasama dengan pihak lain untuk kembalikan kuasa Umno bukan setakat dengan BN sahaja.

“Nak kembalikan kuasa kepada Umno semula payah tanpa kerjasama dengan parti-parti lain. Nak harapkan MCA dan MIC ini tidak rok (cukup kuat). Dia menang bila bertanding di kawasan Melayu sahaja. Kawasan bukan Melayu kalah, menang DAP,” kata beliau.

Menurut beliau, akan berlaku sesuatu tidak lama lagi kepada kerajaan PN ini samada kerajaan akan dibubarkan atau kerajaan baharu akan terbentuk.

“Kalau Yang Dipertuan Agong mahu Parlimen dibubarkan, maka pilihan raya semulalah kita.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Umno otak giley blako..
    Hok elok kena pecat..

    BalasPadam