Header Ads

ads header

Flash News

UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis


KUALA LUMPUR:
Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak 'terkena sakit jantung' seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

"Saya yakin ahli UMNO itu mempunyai pandangan yang cukup berbeza dari ahli politik yang lain, kerana mereka yakin UMNO itu dapat menjadi wadah kepada orang Melayu.

"Tetapi apabila ditadbir oleh seorang presiden yang lemah, dan saya yakin inilah kali pertama dalam sejarah UMNO, seorang presiden yang tidak akan menjadi perdana menteri.

"Pada PRU14, UMNO diberi amaran 'serangan jantung' yang hampir memautkan UMNO dan kini proses pemulihan itu sedang berlaku.

"Tetapi kita tidak mahu serangan jantung kedua yang akan melumpuhkan terus UMNO. Maka perubahan segera perlu dilakukan terhadap UMNO.

"Kita kena berlapang dada, presiden kena berlapang dada melihat bahawa kelangsungan UMNO itu lebih penting dari kelangsungan pemimpin," katanya semasa sidang Skype pada Ahad.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Abdul Rahman Ibrahim, berkata, kemelut politik di dalam UMNO perlu diselesaikan dengan penuh bijaksana.

Tegasnya, UMNO perlu dirombak semula termasuk jawatan Presidennya selain mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli bahkan rakyat juga.

Dalam pada itu kata Mohammad Tawfik, rakyat sudah letih dengan situasi politik negara selain memerlukan seorang pemimpin yang berkhidmat untuk parti.

Jelasnya, percakaran pemimpin dalam UMNO hanya akan memberi imej buruk kepada parti, rakyat serta kerajaan yang sedang mentadbir negara hari ini.

- Astro


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau adakah anda memerlukan pinjaman ekuiti untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda telah ditolak oleh bank dan agensi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penggabungan pinjaman atau gadai janji? Jangan cari lagi kerana kami berada di sini untuk menjadikan semua masalah kewangan anda menjadi perkara masa lalu. Hubungi kami melalui e-mel:

    oceanfmortgages@gmail.com
    oceanfmortgages@gmail.com

    Ini adalah Gadai janji Kewangan Lautan. Kami menawarkan pinjaman kepada mereka yang berminat dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%. Julatnya berkisar antara 5,000,00 Euro hingga maksimum 100,000,000,00 Euro.

    BalasPadam
  2. presiden umno hari ini memang lemah...,ditambah lagi ketua pemudanya yg sangat lemah, tdk berkebolehan, tiada karisma dan wibawa utk meneraju bangsa melayu hari ini...umat melayu hari ini tdk tdk boleh dipimpin oleh pemimpin2 spt ini...buanglah pemimpin spt ini jika melayu nak kuat, berjaya dlm hidup masa kini...

    BalasPadam