Header Ads

ads header

Flash News

PPIM dakwa kartel daging ajak berbincang




Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendakwa mereka dihubungi syarikat-syarikat rangkaian kartel daging untuk 'berbincang' mengenai isu berkenan.

Pengerusi PPIM Nadzim Johan bagaimanapun berkata pihaknya tidak berminat untuk melayan cadangan tersebut.

“PPIM ada maklumat, kartel menghubungi kami tapi saya malas nak layan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama aktivis PPIM Sheikh Abdul Karim Said Khadaied.

Ketika diminta mengulas lanjut apakah kartel daging itu mengajak berunding, Nadzim berkata dia tidak melayani permintaan mereka untuk berjumpa kerana tidak mahu terbabit dalam isu itu.

Isu kartel daging import mula mendapat perhatian ramai selepas media melaporkan kegiatan menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Perkara itu dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

Nadzim turut mendedahkan ada pihak sengaja memainkan isu bahawa Malaysia tidak sesuai menjadi hab penternakan lembu.

Menurut Nadzim, berdasarkan semakan, dakwaan itu datang daripada rangkaian kartel yang turut terbabit dalam isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.

Selain itu, Nadzim juga mendedahkan maklumat diterima pihaknya mengenai kewujudan daging kanggaru menggunakan status halal sejak 1981 lagi.

Katanya, perkara berbangkit mengenai halal perlu diselesaikan pihak berwajib kerana ia membabitkan imej negara sebagai peneraju pensijilan halal.

"Saya dihubungi menerusi nota dari rakan luar negara bertanyakan isu ini. Imej kita terjejas. Kita semua perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi perkara ini," katanya.

Menurut Nadzim lagi berdasarkan maklumat yang diterima PPIM sehingga kini kegiatan mengimport ekor kanggaru masih ada.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Malaysia sudah rosak penguasanya

    Dari kerajaan hingga penguatkuasa

    Segala mak nenek warga luar datang buat onar dalam negara tapi pihak berkuasa buta perut

    Negro, cina, india, indon, rohingya, mynmar, vietnam, bangla, arab, amerika latin, semua ada

    Abis jadi dalca negara ini

    BalasPadam
  2. Operasi kartel daging berskala besar tetapi hanya dua orang sahaja yang didakwa mahkamah ? Bukan tindakan ini sangat tidak logik ??? Adakah udang di sebalik batu ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan komen 1:17:

      Operasi kartel daging seolah-olah berskala besar tetapi hanya dua orang sahaja yang didakwa di mahkamah ? Bukankah tindakan ini tidak logik seolah-olah seperti tindakan melepaskan batuk ditangga sahaja ??? Udang di sebalik batu ??

      Padam
    2. rasanya 2 yg dh kena salah guna logi halal pd lori dia...yg kartel blom di ngap lagi...siasaaat teliti takut nnt teranaya bisness daging yg x terlibat..mari kita tengook sapa yg kena

      Padam
  3. Kita mohon kerajaan segera bertindak secara telus dengan menangkap dan mendakwa semua pihak yang terlibat dalam kartel daging haram supaya integriti kerajaan tidak diragui, dipersoalkan dan dipertikaikan oleh rakyat.

    Jika kerajaan gagal bertindak secara telus, tegas dan menyeluruh untuk menghukum kartel daging haram ini, maka kerajaan telah gagal menjaga kepentingan dan kebajikan umat Islam yang merupakan rakyat majoriti. Ingatlah PRU15 semakin hampir.

    Langkah terbaik ialah kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kartel daging haram, kes Adib, skandal 1MDB, kes TH dll.

    BalasPadam