Pihak yang tuntut PRU segera hanya ‘pentingkan diri’, kata KJ
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Khairy Jamaluddin menegur pihak dalam parti itu yang mahukan pilihan raya umum (PRU) diadakan segera walaupun wabak Covid-19 belum dibendung sebagai mementingkan diri.
“Saya tahu antara yang meminta pilihan raya umum segera adalah mereka daripada parti saya sendiri. Jangan pentingkan diri sendiri,” kata Ahli Parlimen Rembau itu di Twitter.
Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti berkenaan mahu pilihan raya umum diadakan dengan segera bagi memastikan pembentukan kerajaan baharu yang stabil dan memperoleh mandat rakyat.
Zahid berkata, PRU boleh dilaksanakan dengan mengambil contoh negara luar yang melakukan pilihan raya dalam situasi penularan wabak sekarang ini.
MKT Umno akan bermesyuarat malam ini dan spekulasi bertebaran parti itu mungkin mengambil keputusan menarik balik sokongan bagi kerajaan Perikatan Nasional, sekali gus mencetuskan PRU.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Dibelakang semua kerja2 Gila ini adalah Dari kalangan yg sedang Dan yg sudah dijatuhkan bersalah oleh mahkamah ...
BalasPadamMereka mesti menumbangkang kerajaan Hari ini suoaya mereka boleh melepaskan diri Dari segala pertuduhan yg sedang mereka hadapi Masa kini...
Semoga penjahat2 dihancurkan oleh Tuhan...