Header Ads

ads header

Flash News

PAS pertahan MN dan PN, tolak usaha bentuk pakatan baru




PAS hari ini mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), dan menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baru.

Menyifatkan MN dan PN sebagai benih yang baru tumbuh subur, presidennya Abdul Hadi Awang berkata sebarang cadangan pakatan lain ibarat "tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan".

"Inilah acuan Islam yang ingin dikembalikan semula setelah dilupakan. Jangan jadi Melayu yang mudah lupa kerana meninggalkan Islam. Jadilah Melayu Islam yang sempurna dengan aqidah, syariat, akhlak dan integriti, bersama kaum dan penganut berbagai agama berkonsepkan adil kepada semua dalam masyarakat majmuk.

"Acuan perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan akhirat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Hadi, wajib untuk mempertahankan MN dan PN yang menjadi wadah perpaduan ummah.

Katanya, MN berasaskan perpaduan umat Islam manakala PN - yang menggabungkan parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak - berasaskan Perlembagaan yang telah dimeterai secara persefahaman dahulu, dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Maka kita menolak sebarang usaha untuk membentuk pakatan baharu dengan berbagai jenama yang dicadangkan," katanya lagi.

Kenyataan Abdul Hadi selepas beberapa bahagian Umno membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN bagi menghadapi PRU15.

Terdahulu, Umno Pulai di Johor serta Umno Kubang Kerian di Kelantan membuat ketetapan itu dalam mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN dalam PRU akan datang.

Malah, Umno Kubang Kerian juga meminta kepimpinan parti mengkaji kerjasama dengan PAS susulan hubungan rapat parti itu dengan Bersatu dalam PN.

Dalam pada itu Abdul Hadi berkata PAS beriltizam untuk memperkasakan MN dan PN yang ditubuhkan secara bersama.

"Acuan perpaduan inilah yang boleh menegakkan umat yang selamat di dunia dan akhirat.

"Maka adalah haram kita memilih acuan akal manusia yang sempit sekadar menyelamatkan diri masing-masing, puak masing-masing dan kedudukan masing-masing, bukannya berwadahkan umat yang besar dan wawasan yang jauh daripada dunia sehingga akhirat," katanya lagi.

Sebelum ini, timbul juga spekulasi yang beberapa pihak dalam Umno cuba membentuk kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Annuar Musa, yang dilihat sebagai pendukung PN, mendakwa akuan bersumpah (SD) dikumpulkan untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Umno nak jadi bodoh kali kedua...dan nak tersungkur kali kedua..inshaALLAH

    BalasPadam
  2. Kluster bodoh sombong dalam umno sedang berusaha merobohkan kesatuan melayu Islam,ada yang ke hulu,ada ke hilir. Buang sahaja Zahid,ganti ketua umno kepada Tok Mat yang lebih konsisten dan berwibawa. Humban ke laut kluster parasit seperti puad,ku li dan konco konco mereka

    BalasPadam
  3. Kita sembah Allah yg sama, umat Rasul yg sama, cita2 kesyurga melalui jalan yg samaa, kita adalah bersaudara.. ayuhhhh, usah ragu lg.. kita harus bersama.. bersatu wahai Islamku!!!

    BalasPadam