Header Ads

ads header

Flash News

Dr M: Saya sudah jangka kemelut Bersatu-Umno dari awal


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia telah menjangka kemelut antara Bersatu dan Umno sejak dua parti itu bersama-sama menubuhkan Perikatan Nasional (PN), awal tahun lalu.

Mahathir berkata ini kerana Bersatu adalah parti yang kecil jika dibandingkan dengan Umno.

"Saya sudah jangka hal ini ketika mereka tubuhkan (PN). Saya beritahu Muhyiddin, 'anda akan berdepan masalah sebab anda parti kecil. Jika mereka tarik sokongan, habislah.'

"Tetapi Muhyiddin kata dia boleh hadapi masalah itu, jadi kita akan tengok bagaimana dia akan hadapinya (sekarang)," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut antara Bersatu dan Umno.

Semalam, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan dua parti itu ke perhimpunan agungnya yang dijadual pada 31 Januari ini.

Ia susulan mesyuarat 189 daripada 191 bahagian Umno dilaporkan memutuskan untuk menolak Bersatu dalam PRU15.

Ketegangan antara Umno dan Bersatu dapat dilihat sepanjang tahun lalu, antaranya menerusi penyingkiran Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak dan desakan Umno berkaitan pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2021.

Terbaru, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu "mencuri dan membeli" ahli parti itu. Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata akan menimbang tindakan undang-undang.

Sementara itu, Mahathir berkata kerajaan PN adalah kerajaan paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia.

"Dulu majoriti kita (pernah) dua pertiga, sekarang (majoriti) dua, tiga orang saja.

"Ini menyebabkan sepanjang masa digunakan untuk pertahan agar tak jatuh, tak boleh tumpu kepada kerajaan (pentadbiran).

"Yang payahnya (bila) kita nasihat, depa tak mau dengar. Nasihat terbaik sekarang, anda (Muhyiddin) nampak tak begitu kukuh, letak jawatan sajalah," katanya lagi.

Pada bulan lalu, Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat hanya dengan majoriti tiga undi.

Undian belah bahagi ketika bacaan ketiga menunjukkan seramai 111 ahli Parlimen menyokong belanjawan, 108 orang menolak dan seorang tidak hadir.

MR : Kenyataan Mahathir ini membuktikan bahawa benar bahawa penubuhan PN adalah restu dia sendiri. Hanya dia berubah ketika hampir kejadian...



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. umno, pkr dan berjasa dari baka dan benih yang sama, jalan dan bentuk cara politik mereka tiada banyak perubahan walaupun dari pimpinan yang lain. perjalanan politik umno mula berubah dari matlamat asal dan mula berombak2 selepas mahadir mula menerajui umno dan kehadiran anwar dalam umno, bermula dari situ lah cara berpolitik yang tidak sehat bermula seperti lobi melobi, cantas memcantas, politik wang, mengejar jawatan, kronisme dan nepotisme, pihak pemeremtah melakukan rasuah atau mengamalkan rasuah dan bidaan mata wang dan kehakiman dan ..., adakah kemuncaknya cara pemerentahan Mahathirisme pada zaman najib dan berakhir juga selepas kekalahan najib.
    perbalahan dan kemelut umno-bersatu memang sudah dijangka lebih2 lagi setelah terbentuknya parti pejuang yang diterajui olih anaknya sendiri dan yang memerentah sekarang pun bekas timbalan mahadir semasa ph dulu, adakah pn dan mn akan membuka era politik baru nanti pru15, sama2lah kita harapkan

    BalasPadam
  2. Syabas Tun kerana tau tentang perkara ini.. tapi kalau sekadar tau tak berguna tanpa tindakan yg tepat dan betul.. seperti juga dgn tindakan Tun bekerjasama dgn Anwar Ibrahim dulu.. mesti dari awalnya Tun dah tau yg Tun takkan serahkan jawatan PM pada Anwar tapi Tun masih lagi berniat jahat nak kenakan Anwar Ibrahim dan mengkhianati kepercayaan penyokong PH.. so ape gunanya kalau "dah tau" tapi tak disertakan tindakan yg betul dan tepat.. tu namanya menipu dan mengkhianat.. sekarang dah takde guna.. Tun melalak satu dunia pun dah takde orang yg nak sokong dan kata Tun bijak.. itulah padahnya kalau guna kebijaksanaan utk menipu dan mementingkan diri sendiri..

    BalasPadam
  3. Alah Atok.
    Orang tua yang dah lepas tarikh luput.

    Dahulu siap kata "Mana nak letak pelancong cina ke kandang lembu?"

    Tak reti buat kerja.

    "Manifesto bukan kitab suci?"

    "Saya keliru apakah dia sunnah dan sunat"

    "Masa nabi , orang Arab semua nafsu kuat , tu sebab orang pompuan kena tutup aurat"

    "Masa nabi mana ada Gillette? "


    Sudah lah ,
    Siapa yang masoh sokong Si Tua Kutuk ni memang bahlol dan tolol.

    BalasPadam