Annuar dipecat bukan kerana Anwar, DAP tapi cenderung Bersatu - Isham Jalil
Isham Jalil menulis untuk membetulkan apa yanh dibuat oleh Zahid Hamidi. Kononnya pemecatan Annuar Musa kerana kehendak akar umbi UMNO. Nak tanya kenapa Zahid Hamidi tidak diganti lagi sedangkan akar umbi juga menyatakan penolakkan terhadap Presiden yang tiada hala tuju dan sarat kes mahkamah, liability besar kepada umno. Kenapa double standard?
.....
Saya baru lihat sidang akhbar sahabat saya Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi.
Secara ringkas beliau berkata bahawa beliau telah dipecat (atau digantikan) kerana beliau tidak bersetuju dengan beberapa pemimpin UMNO yang mahu bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
Pada hemat saya Tan Sri Annuar mungkin keliru.
Dia digantikan bukanlah kerana dia tidak bersetuju dengan Presiden UMNO berkenaan kononnya isu sokongan ke atas Anwar atau DAP.
Isu ini isu lama, surat yang dikatakan oleh Annuar Musa yang menunjukkan Presiden UMNO menyokong Anwar Ibrahim itu adalah surat bertarikh Oktober tahun lepas.
Dalam politik, tiga bulan lepas lamanya seolah sama dengan tiga dekad lalu.
Jika Annuar Musa tahu surat itu tulen seperti didakwa, maka mengapa beliau tidak bangkitkan ketidakpersetujuan beliau kepada Presiden pada ketika itu?
Dan jika telah dibangkitkan dan Presiden UMNO mahu memecat beliau (Annuar) oleh sebab ini, maka Annuar telahpun dipecat tiga bulan lepas dan bukannya sekarang.
Dan baru-baru ini, Presiden UMNO sekali lagi secara terang-terangan telah membuat kenyataan yang UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP.
Dan walaupun DAP menghulurkan cadangan untuk bekerjasama di Perak, namun UMNO dan Presiden UMNO telah pertimbang dan menolak cadangan tersebut.
Ini jelas dan bukanlah isu lagi.
Hakikatnya, Tan Sri Annuar Musa digantikan jawatannya bukan kerana isu Anwar atau DAP, tetapi kerana kecenderungannya kepada parti PPBM, iaitu parti yang ditolak oleh akar umbi UMNO.
Rata-rata bukan sahaja majoriti tetapi lebih dua-pertiga akar umbi UMNO yang telah bermesyuarat di peringkat bahagian mewakili cawangan-cawangan di seluruh negara telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan PPBM.
Akar umbi UMNO tidak mahu ada pemimpin atau setiausaha yang ingin "menjual" UMNO kepada PPBM.
Secara dasarnya, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN tidak boleh ada seorang setiausaha yang mana kecenderungan dan kenyataan-kenyataannya bercanggah dengan kemahuan akar umbi.
Sebab itu beliau (Annuar) diganti.
ISHAM JALIL
6 Januari 2021
P/S: Saya harap perbezaan pendapat ini tidak mengguris hati sahabat saya Tan Sri Annuar Musa. Perbezaan pendapat politik adalah perkara biasa, namun persahabatan tetap berkekalan. Nothing personal.
MR : Isham Jalil yg terkeliru. Surat sokongan zahid itu bertentangan dgn keputusan MKT yg menolak anwar scr jelas. TSAM juga pegang kputusan MKT utk perkukuhkan MN dan PN.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Soalan asas,siapa sebenarnya yang menjadi liabiliti kepada umno...Anuar atau Zahid atau najib....?Siapa yang ada kes mahkamah kerana dakwaan rasuah..Anuar atau Zahid atau najib...yang sebenarnya najib dan zahid patut diganti dengan tok mat hasan dan hishamuddin kerana rakyat tiada rugi satu sen pun, jika malaysia bebas dari najib atau zahid atau umno sendiri,pilihan orang melayu Islam ialah pas yang lebih konsisten , bebas rasuah dan pbpm yang boleh gantikan umno yang para pemimpin keris telanjang lebih mengutamakan tembolok sendiri berbanding dengan tembolok rakyat. Jika keris telanjang rasa hebat dan jantan, bertandinglah dengan logo keris telanjang melawan logo bulan dan bunga raya. Di situ kamu akan tahu sokongan rakyat. Jangan perasan sangat penyokong ph menerima kamu
BalasPadamS E T U J U !!!
PadamKita merasa kasihan melihat puak pengampu yang tidak bermoral suka mengampu pemimpin keris telanjang yang korup kerana mengharapkan dedak cap keris.
BalasPadamWalaupun puak pengampu ini kononnya bertaraf educated, mereka tidak mempunyai integriti dan minda mereka masih dalam kategori zaman batu kerana mereka tidak merasa malu atau segan untuk menegakkan benang basah untuk membela pemimpin keris telanjang yang korup yang telah atau sedang atau akan dibicarakan dan dihukum oleh mahkamah.
Sesungguhnya pemimpin-pemimpin korup ini adalah pejuwang yang berjuwang untuk agenda dan kepentingan dan kerakusan peribadi mereka sendiri bukan untuk rakyat atau kaum Melayu.
Tanpa merasa segan atau malu pemimpin-pemimpin korup berusaha memecah-belahkan dan melemahkan kaum Melayu Islam dan memecat pemimpin yang jujur supaya puak kafir harbi boleh berkuasa semula
Maka majoriti orang Melayu masih hidup miskin walaupun negara telah merdeka berpuluh tahun kerana mereka dikencing hancing oleh pemimpin-pemimpin korup yang menjadikan slogan "Hidup Melayu" sebagai wayang opera untuk mendapatkan sokongan dan undi kaum Melayu.
Maka tidak hairanlah pemimpin-pemimpin korup dan kroni kafir mereka menjadi kaya-raya dan kaum Melayu hidup miskin di negara sendiri.
Isham jalil ni bodoh piang,sipenyamun dua ekor yg nk dipertahankan,klau dgn bersatu ada je yg tak kena,dibuli,nk dibunuh konon,apa ingat klau dgn dapigs akn ditatang,silap hari bulan ditelan dapigsvyg licik semacam komunis,dgn mca pun alah inikan dgn dapigs yg lagi liar,lagi hebat tipu muslihat..mmg bodoh benak umno skrg ni..aduh kenapalah org2 bodoh yg pimpin umno?
BalasPadam