Annuar dakwa beberapa pemimpin Umno ‘mensendirian berhadkan’ parti
PETALING JAYA: Menteri kerajaan Perikatan Nasional, Annuar Musa, terus mengkritik beberapa pihak dalam Umno yang tidak dinamakan, mendakwa ada beberapa pemimpin Umno “mensendirian berhadkan” parti.
Beliau juga membidas beberapa “tukang penulis naratif” di “menara” – dipercayai merujuk Menara Dato Onn di mana terletaknya ibu pejabat Umno – yang katanya sibuk mereka cerita untuk menghalalkan perbuatan beberapa pemimpin itu.
“Keputusan parti dengan mudah dilanggar dan mereka terlepas tidak dikena tindakan,” katanya di Facebook.
Annuar semasa membuat dakwaan itu menulis tentang usaha “menakut-nakutkan” ahli Umno kononnya mereka perlu watak untuk melindungi parti daripada pengaruh PPBM atau PAS.
Katanya, Umno akan terus utuh dan kuat selagi mana ia tidak diperalat serta dipimpin oleh “mereka yang diterima rakyat”.
“Jangan pula Umno di-Anwar-kan,” tambahnya.
Annuar sebelum ini mendedahkan beliau mempunyai bukti nyata Zahid memberikan surat sokongan untuk Agong melantik Anawr sebagai perdana menteri, sekali gus menjatuhkan kerajaan PN.
Pendedahan itu dibuat pada hari Zahid dijadualkan bermesyuarat dengan ketua-ketua bahagian Umno, yang kebanyakannya mahu memutuskan kerjasama dengan PPBM.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
umno nak jadi juara KENA HAPUSKAN...politik wang/rasuah salahguna kuasa/gila kuasa... kroni2 projek komisen/cantas mencantas sesama ahli..bermaafan tidak berdendam berjiwa besar bermuafakat bersatu dengan dgn ahli dan sekutu..berlapang dada dgn segala teguran kritikan Di luar/dalam parti cepat muhasabah diri dan insaf bila tumbang pru14 sebagai pengajaran PAHIT...jika tidak berkuburlah jadi sejarah pada anak cucu
BalasPadamGolongan tua UMNO seperti Najib,Mazlan,tajudin,puad,shahrir sedang membawa UMNo ke dalam gua.Mahunya terus berperang sebab rasa umno makin kuat.Bye2 UMNO pru 15 nih.Bodoh kian membengkak
BalasPadam