Ahmad Zahid persoal kewajaran kerajaan isytihar darurat
KUALA LUMPUR: UMNO hari ini mempersoal kewajaran kerajaan mengisytiharkan darurat ketika rakyat berdepan kesukaran dalam hidup susulan penularan COVID-19.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut membangkitkan persoalan bagaimana ada negara lain mampu bebas daripada pandemik itu tanpa perlu mengisytiharkan darurat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membangkitkan perkara berkenaan dalam Taklimat Darurat Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.
"Petang tadi dalam Taklimat Darurat kepada presiden parti politik, saya sempat membangkitkan, kenapa terdapat negara yang bebas daripada wabak COVID-19 dan banyak lagi yang kadar pandemik berkurangan.
"Sedangkan negara kita terpaksa proklamasi darurat dan rakyat semakin sengsara dengan kepayahan hidup," katanya menerusi ciapan di Twitter dan hantaran Facebook, hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin dalam hantaran di Facebook memaklumkan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan PN berlangsung petang tadi dihadiri 12 wakil presiden parti termasuk timbalan presiden.
Parti berkenaan adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, PAS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), MCA, MIC, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam yang diadakan secara maya dan berkata ahli Majlis Presiden PN berpuas hati dengan penjelasan berhubung ordinan dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik COVID-19 yang sedang dilaksanakan,
Taklimat mengenai proklamasi darurat disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Serba serbi yg dibuat x kena. Puak ni bukan melihat kpd kepentingan rakyat ttp lebih kpd nak menyelamatkan diri sendiri dan keluarga. Inilah wajah pemimpin kononnya nak membela rakyat. Slps pkp nanti eloklah mahkamah mempercepatkan perbicaraan bbrp org yg bermasalah supaya dihumbankan kedalam penjara.
BalasPadamMana lebih berat, proklamasi darurat atau pkp seperti pkp1.0? Ceritanya bossku mahu pkp sekarang seperti pkp 1.0 tu selepas dia sibuk suruh lanjut waktu operasi kedai makan ke 10pm. Saja nak kacau bilau kan keadaan jer. Yea lah, tengah panas merening tunggu tamat perbicaraan.
BalasPadamWajarkah pemimpin-pemimpin keris membaham rasuah dll tetapi mereka tidak mahu dihukum oleh mahkamah seolah-olah ikan bilis sahaja yang perlu dihukum??? Wajarkah pemimpin keris mengutamakan agenda gila kuasa mereka dan menafikan keselamatan rakyat ? Apakah jenis kegilaan pemimpin keris ini ??? Gila babi ?
BalasPadamZahid ni jadi kjaan ke jadi pembangkang atau pembangang?
BalasPadamKenyataan Tu kurang tepat, tk diberitahu pun negara mana. Sebab memang tiada negara pun yg bebas covid, cuma sedikit atau banyak sahaja.Cakap pakai rambang sahaja tu. Greeland atau iceland diutara bumi hinggalah ke New Zealand Di selatan, semua dilanda covid. Cuma mereka dpt kawal sbb penduduk tidak padat dan pemimpin tk gila berpolitik.(pilihan Raya Sabah, satu drp punca wabak) kehendak org politik. Ni pun Ada yg tuntut utk pilihan raya waktu covid.
BalasPadamTulah padahnya bila merampas dan menubuhkan kerajaan secara tak bermoral.. lepas dapat kuasa penyokong2 dia pulak kata pemimpin lawan semua gila politik.. masa jadi pembangkang dan merampas kerajaan dulu takdak pulak penyokong2 puak2 ni kata pemimpin depa gila politik.. negara lain pun ada covid tapi takdaklah sampai lumpuh parlimen.. la ni mungkin sebahagian rakyat boleh terima isytihar darurat pasai nak buat pkp.. dengaq cerita bulan 2 ni taknak sambung dah pkp.. so bulehlah nak tarik balik darurat tu.. jgn dok sibuk taknak sambung pkp tapi bab darurat nak teruskan jugak.. kalau buat lagu tu nampak jelas dah siapa yg gila politik dan kuasa sebenaqnya.. yg jelas sekarang ni Bersatu memang nak lemahkan dan lumpuhkan UMNO.. ramai geng2 UMNO nampak.. tapi ada sebahagian pemimpin UMNO dah kena racun dgn pangkat dan jawatan.. nak senang kita bubarkan ketiga2 parti PAS Bersatu dan UMNO.. tubuhkan satu parti ja.. tu baru seiya sekata.. nama pun parti2 melayu Islam.. buat apa ada byk.. masa ni baru kita tau Bersatu ngan PAS nak ka tidak.. huhu.. UMNO memang taknaklah.. tapi rasanya Bersatu ngan PAS pun sama... so kat mana melayu boleh bersatu??..
BalasPadamPuak RBA roket muka tembok masih mahu sembang lebat walaupun tuan roket mereka telah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll. Spesies penipu suka bercakap tentang mandat rakyat walaupun mereka sendiri kencing rakyat.
PadamKeranaa orang orang seperti kamulah yang menyebabkan kerajaan mengistiharkan darurat yang mengacau bilaukan negara di ketika negara berdepan pandemik covid
BalasPadamOrang melayu islam wajib bersatu tidak kiralah berapa banyak parti pun. Bodoh benarlah jika orang melayu islam tidak mahu mengekalkan kerajaan yang ada sekarang yang kita tahu didominasi oleh orang melayu islam tanpa meminggirkan kaum lain dan bukan islam. Adakah kita mahu mengembalikan kerajaan PH yang majoriti mp terdiri drp bukan islam. Berfikirlah dgn berpandukan agama jika benarlah kita orang islam. Lihatlah apa yang telah mereka lakukan selama 22 bulan mereka memerintah . Lihatlah apa yang telah dilakukan di pulau pinang. Sehodoh hodoh kerajaan yang ada pada hari ini, ia adalah kerajaan yang majoritinya terdiri drp melayu islam. Semua kerajaan mempunyai kelemahan kecuali kerajaan Allah. Marilah kita sama sama mendokong dan menyokong yang ada. Tegurlah apa yang tidak betul jangan kita menghina sesama kita lebih lebih lagi sesama islam.Jangan kita terikut ikut dengan musuh musuh kita lebih lebih lagi musuh umat islam. Sekarang ini kita boleh saksikan dengan mudah ramai ahli politik yang menjadi barua dan talibarut org bukan islam. Lihatlah apa yang belaku dalam sidang parlimen samada semasa kerajaan sekarang atau semasa kerajaan PH. Tidak boleh berfikir lagi ? Sekali lagi, pandulah fikiran. dan otak kita berdasarkan islam berdasarkan Alquran dan sunnah. Nabi bersabda kamu tidak akan sesat selama lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua duanya. Sekali lagi saya tegaskan apakah untungnya kita membenci kerajaan yang ada. Apakah kita mahu kerajaan PH kembali Benar benar tidak cerdiklah kita.
BalasPadamMendokong anuar bererti menolak pimpinan mojoriti umat nelayu...
PadamMaka itu anuar ramai berduyun kaum india yg mendokongnya...
Melayu yg berjuwa melayu dan berAgama Islam mustahil mendokong anuar ibrahim...
Mana maruah umat melayu Islam jika anuar ibrahimlah pemimpinnya...
Zahid ni tak tahu dirinya dipehak mana, pembangkang ke atua kerajaan...saolah jua zahid ni tak tahu soal undang2...
BalasPadamApakah kerana sedang terkapai dgn masalah diri yg sedang dirundung malang...