Zaman PH, Para Pelabur Asing Pakat Keluar. Zaman PN, Para Pelabur Asing Pakat Takmau Masuk
1) Syarikat-syarikat gergasi teknologi dunia menyertai peluang-peluang pelaburan di negera-negara Asia Tenggara seperti Filipina, Vietnam dan Indonesia. Tetapi Malaysia tidak menjadi pilihan untuk mereka masuk.
2) Puncanya pelbagai. Selain kos tenaga buruh yang tinggi, punca utama adalah ketidakstabilan dan ketidaktentuan politik. Bermula daripada selepas PRU14, keyakinan pelabur mula pudar dengan polisi-polisi pening dan tidak mesra pelabur daripada kerajaan PH.
3) Kemudian termasuk juga ketegangan politik yang semakin meningkat antara penyokong pembangkang dan penyokong kerajaan denagn sentimen perkauman dan agama bercampur aduk dengan polisi ekonomi. Keputusan-keputusan kerajaan PH dibantah secara terbuka oleh pembangkang dengan merekrut sentimen rakyat dan didatangkan bersama propaganda yang membakar sentimen.
4) Malah dalam kerajaan PH pula, tekanan demi tekanan pihak yang mahu berkuasa mahu plan peralihan kuasa dipercepat. Para pelabur bimbang akan situasi tidak menentu ini. Bursa Malaysia mencatat aliran keluar dana asing yang besar setiap hari. Kemuncaknya, PH tumbang dan berlaku peralihan kuasa daripada PH kepada PN.
5) Kemunculan PN secara pakat-pakat ahli parlimen menggantikan PH. Pada masa yang sama Covid19 merempuh negara, menyebabkan kerajaan melakukan PKP dan PKPD. Seluruh kegiatan ekonomi terhenti. Para pekerja tidak dapat bekerja. Kilang dan industri ditutup. Bukan sahaja ekonomi tidak bergerak, malah kerugian terpaksa dihadapi oleh kerajaan dan pihak industri setiap hari dalam jumlah yang besar.
6) Ada industri yang terpaksa membuang pekerjanya untuk menampan impak kerugian. Malah ada yang terpaksa ditutup operasinya, dalam kata lain - bungkus. Industri-industri berkaitan perlancongan lebih teruk terkena impak. Sehingga juruterbang diberhentikan dan terpaksa menjual nasi lemak.
7) Para pelabur mengambil langkah drastik menarik balik modal mereka sebelum keadaan menjadi lebih parah. Situasi tidak menentu ekonomi akibat Covid19 sangat dahsyat dan tidak mampu ditampung oleh kerajaan baru PN. Kerajaan tidak mampu meyakinkan pelabur untuk terus bertahan, bahkan kerajaan terpaksa memikirkan hal ehwal rakyat melebihi hal-ehwal pelabur.
8 ) Bantuan-bantuan kerajaan secara one off kepada rakyat dilihat sedikit memberi nafas kepada rakyat walaupun tidak menyeluruh. Ekonomi sedikit bergerak selepas PKP dilonggarkan kepada PKPP. Namun kesan PKPD yang lama sebelum itu, sangat memberi kesan keada ekonomi negara dan ekonomi rakyat.
9) Ketika kerajaan sedang memikir cara untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan rakyat, pembangkang daripada PH memberi tekanan demi tekanan yang menyusahkan kerajaan PN.
Propaganda undi tak perchaya, membilang numbers, esok nak menghadap Agong dan sebagainya, menjadikan negara sekali lagi terpaksa berdepan dengan political tension.
10) Ketidaktentuan politik akibat permainan numbers ini boleh menyebabkan sesebuah kerajaan itu tuumbang bila-bila masa. Para pelabur menjadi bimbang dan tidak berani ambil risiko. Sketsa PN vs PH+ berlaku saban hari. Kemudian terjadi pula sketsa di pihak PN sendiri, yakni tekanan daripada pihak BN ke atas PN. Semua ini menghilangkan keyakinan pelabur.
11) Maka tidak hairanlah, syarikat-syarikat gergasi enggan membawa masuk pelaburan ke dalam negara kita. Mereka memilih Indonesia dan Vietnam kerana kestabilan politik. Fortuna Indonesia yang menjadi malap akibat pandemik Covid19 kini kembali bersinar dengan kehadiran plaburan besar dunia ke negara mereka. Selepas ini, apabila projek membangun ibunegara yang baharu di Kalimantan berjalan, Indonesia akan mulai bangkit menjadi kuasa politik dan ekonomi dunia.
12) Pihak Barat dan US kelihatan sudah tepu untuk bangun mendepani ekonomi China. Mereka nampak potensi besar untuk menyaingi China adalah negara rantau Asia Tenggara. Indonesia dilihat mempunyai manpower yang besar untuk bersaing dengan manpower China dalam membangunkan ekonomi. Jadi, mereka tidak mahu terpelas peluang 'cedok dari bawah' bersama Indonesia untuk membina empayar ekonomi dunia kelak.
13) Saat itu jika kita masih bermain numbers, kejap sana-kejap sini, bermain politik tak berkesudahan sehingga terabai perkara lain, kita mungkin akan jadi seperti Mexico yang ketinggalan mundur ketika jirannya Amerika bangkit menjadi peneraju ekonomi dunia. Sekurang-kurangnya jika kita tidak mampu bangkit menjadi kuasa besar ekonomi, kita boleh menjadi seperti Kanada yang mendapat manfaat daripada kemajuan jirannya Amerika.
14) Jadi, apa pilihan kita untuk menyedarkan orang-orang politik yang tak habis-habis buat hal ini? Asyik makan pop-corn saja laa kita.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Kembali kepada sistem beraja
BalasPadamBlh senaraikan pelabur asing mana yg lari kuar dari malaysia ms zaman PH??
BalasPadamZaman PN :-
Samsung dan Apple mendirikan kilang2 mereka di Vietnam;Tesla di Indonesia dan Elon Musk juga bercadang membina tapak pelancaran SpaceX di Indonesia. Amazon juga melaboq di Indonesia.Grab telah berpindah ke Singapura,begitu juga Syarikat Alibaba,Bytedance dan Tencent dll semua rancang untuk mendirikan headquarters masing2 di Singapura. Bagi Malaysia...game over...habok pun takdak...
Syarikat2 koperat di atas berpindah ke negara lain pasai mereka rasa pemimpin2 di Malaysia ni syiok main politik dan tak berminat untuk menarik pelaburan ke sini. Pemimpin2 kita masing bercakaran untuk mengekalkan kuasa dan membahagi2kan harta. Pasai tu pelaboq2 antarabangsa ini dah bosan dengan gomen yang ada sekarang. Seperkara lagi mungkin depa sedaq adalah lebih baik mereka berpindah melaboq di negara2 yang tak dak parti2 UMNO/PAS/PN!..
minta maaflah bukan saja di malaysia malahan seluruh negara mengalami masaalah yg sama dengan kemelesetan ekonomi global disebabkan pendemik wabak ini.pun saya kurang jelas dgn kestabilan politik yg diutarakan oleh Tuan.tidakkah tuan melihat sekarang ini indonesia dari segi [politiknya sudah beranatakan antara penguasa dengan rakyat..baru saja terjadi ketidak puasan hati rakyat diatas sikap pemimpinnya yg menyebabkan rakyat dari segenap pelusok indonesia turun kejalan..apakah itu dinakan kestabilan politik di indonesia....minta maaf sekali lagi kalau pendapat saya kurang betul....boleh jenguk dan lihat sendiri dihujung jari anda..sekian
BalasPadamtulisan dr tanaka ni byk picisan.
PadamYou are absolutely right!
PadamAssalamualaikum Dr. Tanaka Mustafa,
BalasPadamBrexit. Don't forget Brexit.
Malaysia should Ally with Britain.
We are part of Commonwealth.
Don't you know that Britain has one of the highest percentage Muslim population in Europe?
Mereka ada banyak teknologi yang boleh merangsang ekonomi negara.
Jalinkan hubungan erat dengan Britain!
Dr. Kama
Oxford.