Umno sedia hadapi PRU sendirian atau kerjasama dengan PH jika ‘kerenah’ PPBM berterusan, kata Nur Jazlan
PETALING JAYA: Umno tidak akan teragak-agak menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) jika PPBM terus ghairah mahu menjadi parti dominan dalam kerajaan.
Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamad berkata Umno akan membayar harga tinggi jika memilih untuk kekal dalam kerajaan PN dan membiarkan PPBM yang “lemah” menerajui gabungan itu pada pilihan raya akan datang.
Nur Jazlan berkata wujud kekecewaan nyata dalam kalangan ahli Umno berhubung percubaan PPBM untuk “menguasai” PN dan menjadi parti dominan walaupun hanya menerajui satu negeri dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen terhad.
Justeru “kerenah” PPBM itu Nur Jazlan berkata, akar umbi Umno harus
“berfikir secara mendalam” untuk memahami kenapa parti itu perlu
menimbangkan pilihan lain untuk menghadapi PRU 15, umpamanya bekerjasama
dengan parti komponen PH, termasuk DAP.
Katanya, lebih mudah bagi Umno bertanding PRU15 tanpa terikat kepada PN kerana ia mampu memenangi kerusi terbanyak dalam saingan tiga penjuru dengan PPBM atau PAS.
Katanya, cadangan jalinan kerjasama antara Umno dengan PKR dan DAP “mungkin bukan idea buruk” kerana Malaysia memerlukan kerajaan inklusif untuk maju dan diterima di peringkat global sebagai negara progresif.
“Memiliki kerajaan yang lebih daripada 90% Melayu (seperti sekarang) tidak sihat atau baik untuk negara. Kita tidak boleh menyisih orang bukan Melayu dalam soal jawatan dalam kerajaan,” katanya.
Justeru, katanya, ahli Umno harus memikirkan” pilihan PH” dengan mengambil kira realiti politik semasa.
Nur Jazlan berkata, PN pasti akan kalah dalam pilihan raya, bahkan
sebelum hari penamaan calon lagi kerana isu pengagihan kerusi.
Umno tidak akan melepaskan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu, apatah lagi yang kalah, kata beliau.
Beliau juga berkata Umno akan “membunuh diri secara politik” jika ia membiarkan PPBM meletakkan dirinya sebagai kuasa dominan menerusi cadangan mewujudkan gabungan besar bersama Barisan Nasional, PAS dan GPS.
Beliau menyifatkan PPBM sebagai parti paling lemah dalam PN, tetapi cuba memaparkan diri sebaliknya.
“Ini apertama kalinya kita mengalami situasi di mana parti pimpinan perdana menteri (PPBM), hanya menguasai satu negeri dan itu pun di Sabah di mana Umno masih mempunyai jumlah kerusi terbanyak.
“Bagi akar umbi Umno, ia sesuatu yang tidak dapat difahami,” katanya kepada FMT.
Nur Jazlan berkata pemimpin PPBM “bahkan tidak dapat berpegang pada negeri Johor dan Perak,” dengan merujuk kepada perubahan kepimpinan yang menyaksikan jawatan menteri besar di dua negeri itu kembali kepada Umno.
“Logik menyatakan bahawa parti terkuat dalam gabungan (mesti) adalah parti yang dominan dalam pilihan raya dan akan menentukan jawatan perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri.
Nur Jazlan juga menganjurkan cadangan parti-parti bekerjasama untuk membentuk kerajaan setelah pilihan raya dan bukan sebelum hari mengundi, sambil menambah bahawa mereka harus bebas bertanding di mana-mana kerusi yang disasarkan.
“Parti yang menang harus membentuk kerajaan gabungan dan membiarkan parti dengan jumlah kerusi tertinggi mencalonkan pilihan mereka untuk jawatan perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri,” katanya.
Beliau juga berkata, gabungan yang ditubuhkan berasaskan keputusan pilihan raya umum, juga harus berhak memilih calon mereka untuk menjadi perdana menteri, bukan berpandukan janji-janji parti sebelum pilihan raya.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Pemimpin umno dh tiada prinsip lg, tiada pegangan agama dan tidak sekuat kuat mcm pas yg terus istiqamah dgn islam. Umno nampaknya semakin ingin terus tamak dgn kuasa rela myokong kafir dgn kufur kpd ayat2 quran yg Allah perintahkan. Akar umbi umno jangan jadi bodoh mcm pemimpin umno yg telah menjual tanah melayu hgga rezab tanah melayu tggal 12% lg dgn menyanyi lagu slogan anak kecil bermain api.
BalasPadamUMNO nak bekerjasama dgn PH aka DAP? Hem dialu2kan. Tapi UMNO mesti berpegang pada perinsip yg UMNO dok jaja parti dominant mesti menjadi PM Dan juga MB Dan juga menguasai kerajaan. Adakah UMNO sanggup memberi kuasa pada PH aka DAP? Kalau sanggup maknanya UMNO akak berkubur tanpa batu nisan selepas PRU15. Pemimpin2 yg korup dlm UMNO Akan dipenjarakan Dan pemimpin2 yg menjadi Pak Turut kepada pemimpin2 yg korup Akan kehilangan jawatan Dan pemimpin2 UMNO yg bersih Akan berhijrah ke parti lain Dan akar umbi juga Akan menyokong parti2 Melayu Islam yg lain. Maka tercapailah kehendak Mahathir bahawa UMNO Akan dibubarkan.
BalasPadamSETUJU DAN BETUL. JATUHNYA UMNO DLM PRU14 BKNNYA KERANA RAKYAT DITIPU OLH PH SGT TAPI MMG RAKYAT TK MAU DGN UMNO LG. SLPS JATUHNYA UMNO BARU RAKYAT NAMPAK KERJA2 JUJUR UMNO DGN MNJUAL TANAH MELAYU HGGA TANAH REZAB MELAYU TGGAL 12% LG. TK KAN KERJA UTAMA UMNO IALAH MJUAL TANAH MELAYU DGN LADANG SAWIT, LADANG FELDA DLL UTK MAJUKAN EKONOMI HGGA DUIT TGGALAN SEBANYAK RM2 TRLLION. PPBM PUN DIPERAK PUN SAMA PERANGAI MCM UMNO JUGAK DK JUAL LADANG SAWIT 15,000 HEKTAR KPD SGPORE. TAK APA MELAYU BODO LG DAYUS DI MSIA AMAT PERCAYA KT UMNO DAN TAK PERCAYA KPD ISLAM. UMNO HANYA SAMA2 MGUCAP 2 KQALIMAH SYAHADAH AJE TANPA MEMAHAMINYA TAPI MENENTANG ISLAM YG MBATALKAN ISLAM TANPA DI SEDARI. AKAR UMBI UMNO SEMUA KENA FAHAMI BETUL2 DGN UCAPAN DAN IKRAR 2 KALIMAH SYAHADAH INI. IKRAR INI LAH YG AMAT DITAKUTI OLH MUSUH2 ISLAM, DAN AMAT DIGEMARI DAN DINANTI2KAN OLH PEJUANG2 ISLAM.
PadamTak serik2 lg dibedal oleh DAP. UMNO patut tendang aje orang mcm ni....
PadamNampaknya percubaan UMNO berjaya di Perak. Skrg dah berani nak mengugut kerajaan PN pula. Kalau macam2 ni perangai UMNO macam Mana rakyat nak percaya pada UMNO lagi. PN menyelamatkan kerajaan UMNO diperak sebab Tak nak DAP Berkuasa semula. Untuk menghadapi PRU15 nanti semuanya terserah pada UMNO. Buatlah keputusan terbaik UMNO supaya ko Tak hancur atau kalah dgn lebih teruk lagi.
BalasPadamDia ni jurucakap rasmi amno ke?
BalasPadamPERANGAI ORANG dah hilang jawatan samalah dgn fuad jakarshi a kadir jasin merapu dan meroyan terikut2 Dgn P akatan H ancing P unah H arapan...SEKUTU 2 ni cacing kepanasan...perpaduan SALAH berpecah BERMUSUH pun SALAH...layak JUAL UBAT atau KETUM di pasar lambak
PadamParasit-parasit dalam puak keris telanjang sedang melaga-lagakan puak keris dengan parti Islam dam parti bumiputera.
BalasPadamJika puak keris mahu berjaya dalam PRU yang akan datang , puak keris mesti berkerjasama dengan jujur dan ikhlas dengan parti sekutu dan rakan setelah terbongkar kerakusan nafsu serakah puak di negeri Prk.
Untuk menunjukkan keikhlasan dan kejujuran puak keris telanjang, puak keris telanjang perlu membetsihkan puak keris telanjang dari semua parasit, batu api, kaki rasuah , pengkhianat, hantu roket dll supaya sekutu dan kaum Melayu percaya pada parti keris telanjang.
Jika puak keris telanjang enggan berbuat demikian, pisang PRU 14 akan berbuah dua kali. Jangan jadi anjing kurap tersepit yang menggigit rakan dan sekutu sebaik sahaja ia dilepaskan.
U M N O jika betul apa yang dicakap oleh NUR JAZLAN MOHAMAD...U M N O akan tinggal nama aje lepas PRU 15...NO ANUAR NO DAP..jika bergabung dengan PKR dan DAP pada PRU 15...akar umbi U M N O dan pengundi bebas BANGSA MELAYU ISLAM akan BERALIH ARAH U N D I kepada PARTI YANG BOLEH MENJAGA BANGSA MELAYU ISLAM SERTA TANAH MELAYU.
BalasPadamumno jangan perasan di sayangi rakyat
BalasPadamKejayaan menubuhkan kerajaan Perak,,adalah sangat manis untuk MN dan PN. Ianya bukti bahawa org melayu boleh bersatu jika berlapang dada. Sekalipun umno dituduh pengkhianat la, tamak haloba dan berbagai2 tuduhan jahat yg menjadi zikir peehancing sblm pru 14, namun sikap berlapang dada pas dan ppbm membolehkan kerajaan pn perak dpt dipertahankan,,hanya berubah MB saja,,bertukar dari yg "tak sepatutnya"(5 kerusi) kepada y "selayaknya". Tiada isu apa lagi. Tumpu kpd berkhidmat kpd rakyat. Biarkan anjing2 ph menyalak,,jika nur jazlan nak jadi jodoh mcm org2 melayu baruwah dap,,harap dapat fikir dua kali...kami rakyat dah menyampah dgn perkelahian dikalangan org2 melayu. Dakwaan ppbm nak jadi tuan besar,,hang tu sapa nak judge ppbm? jgn dak banyak berburuk sangka sesama saudara seagama. nak kena patuk dua kali ka ( dap kembali ke putrajaya hasil perpecahan melayu )?
BalasPadamKenapa si mamat ni kemaruk kuasa sangat. Dari dulu hingga skrg x habis2 dok meraban
BalasPadamBagus juga UMNO bekerjasama dgn PH dan DAP.. sekurang2nya kerjasama dgn DAP kita tahu diorang kafir.. nak kawan, nak lawan dan nak tentang senang sikit sbb mereka jelas2 kafir..tapi kerjasama dgn bersatu dan PAS ni susah nak nampak jelas.. mereka2 ni memang Islam tapi seringkali sifat munafik mereka jelas kelihatan.. nak tentang dan lawan pun susah sbb nama semua Islam.. perangai tak mencerminkan Islam.. bercakap macam samseng spt MB Kedah.. siap nak ugut tutup sungai.. haha.. taknak Islam dihina tapi nampak dia pulak yg nak mengejek orang2 bukan Islam.. UMNO cuma minta mereka dihormati dan diberi peranan besar dalam kerajaan yg selayaknya mereka dapat.. bukannya jadi pencukup bilangan dan dibuli.. dan yg pasti kalau UMNO keluar PN pasti Bersatu dan PAS takkan menang PRU.. salah haribulan nanti Bersatu akan cuba mengganggu dan merampas kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu sekiranya mereka gagal menang di negeri2 lain..
BalasPadamDap Dan PH kata umno kleptokrasi, perasuah dll benda buruk.Umno kata dap dan pH penipu, nak hapus hak melayu Dan Islam Serra raja. Sekarang nak bergabung, korang perjuangkan apa ya. Dah nak perjuangkan hak sama rata macam dap Dan PKR Ka. Baik bubar umno kalau dah taknak perjuangkan melayu dan Islam serta raja.
PadamJanis Mamat Perasan
BalasPadamSpesis yg suka melihat melayu bercakaran dan berpecah. Apabila melayu berpecah senang digula-gulakanya. Rasanya dah xramai lg spesis spt ini yg wujud. Biarlah pupus cepat sikit banyak manafaatnya
BalasPadamCadangan Lan ni baguih...busuknya
BalasPadamUmno pilih kuasa atau bangsa, agama dan raja. Nak kuasa ikut mamat ni, kalau pilih agama, bangsa Dan raja buanglah mamat ni dari umno.
BalasPadamHai dah lupa ke siapa yg pernah bekerjasaama dgn dap dan pkr...setau aku Pas dan Parti bunga. Umno je yg tak boleh ye agar sibunga dapat membuli umno, siular lidi nak telan naga.
BalasPadamKITA CABAR NUR JAZLAN BERTANDING DLM PRU15 AKN DTG.
BalasPadam